Thursday, December 16, 2010

MADINAH AL MUNAWARRAH

Seminggu selepas selamat mengerjakan haji ,tiba pula giliran ku untuk menemani anak dan ayahku untuk ziarah  Madinah dan seterusnya mengerjakan Umrah di Mekah Al Mukaramah.Semalam di Madinah dan 3 hari di Mekah.
Buat anakku ini pertama kali dia memijak tanak suci Madinah sedang ayahku setelah lebih 20 tahun tidak memijakkan kakinya di sini.
Dengan penerbangan selama 1 jam 45 minit dari Damman Airport akhirnya kami sampai di madinah Airport yang kemudiannya dijemput oleh wakil Madinah Hotel.
Sejak dari awal lagi dah nekad di hati kali ini akan ku cuba masuk ke Raudah setelah tahun lalu aku hadir di Madinah bersama suami dan anak yang lain tidak dapat masuk ke Raudah kerana masa yang lama menunggu untuk masuk ke situ.Apa jua pun halangan kali ini aku mesti masuk ke Raudah.

Seperti biasa setiap kali masuk ke Masjid Nabawi pasti pemeriksaan akan dilakukan agar kamera tidak dibawa masuk ke masjid..Kali ni dapat juga aku merakamkan satu gambar dalam masjid secara sembunyi.Disebabkan kehadiran kami seminggu selepas musim haji maka masih ramai jemaah haji masih berada di madinah.
 Bila masuk waktu sembahyang saf penuh sehingga luar masjid. Seperti biasa selepas waktu isyak diberi peluang kepada perempuan untuk masuk ke Raudah.Untuk masuk Raudah,pembahagian mengikut negara dan diutamakan dulu orang dari Arab.3 negara digabungkan iaitu Malaysia.Indonesia dan Singapura dan setelah kami menunggu selama 2 jam setengah barulah dapat hadir di depan Raudah.Sayu dan sahydu bila melihat pusara Rasululah swa (Al fatihah) dan kemudian kawasan Raudah.Aku bersyukur dapat diberi  kesempatan untuk membuat sujud syukur dalam kepadatan orang ramai.Semoga doa2 ku termakbul hendaknya.
Kawasan Raudah tidaklah besar dan yang menunjukkan kawasannya ialah kapet hijau dibanding karpet kelilingnya merah.


Semoga masa akan datang aku dipanggil lagi ke sini .

Hari kedua sampai masanya kami bergerak ke Mekah untuk menunaikan umrah.Dengan keadaan berihram setelah niat di Miqat Bir Ali kami bergerak ke Mekah.Perjalanan memakan masa 3 setengah jam dan pada waktu maghrib akhirnya kami sampai ke Mekah dan seterusnya menyempurnakan Umrah kami.

Di Mekah juga masih ramai jemaah haji yang belum pulang ke negara asal.Sewaktu membuat tawaf umrah sama keadaannya seperti mambuat tawaf haji kerana ramai orang. 
Sesungguhnya Kaabah adalah tempat yang paling tenang sekali.Semoga aku akan terus dipanggil untuk sentiasa dapat hadir di sini.Insyaalah

Monday, December 6, 2010

PANGGILAN HAJI 2010

Syukur Alhamdulillah selamat menjalani ibadat rukun islam yang kelima.Setiap kali selepas sembahyang sejak tahun lalu,ku sentiasa memanjatkan doa agar diberi peluang untukku dapat menyempurnakan rukun islam yang terakhir ini.Kebetulan aku berada di bumi ambia ini maka ianya memudahkan ku menyempurnakannya.Harapanku biarlah kerja haji ku ini mengikut sunnah nabi dan Syukur Alhamdullilah pakej yang ku sertai adalah pakej tempatan Saudi AL HAMRA.
Haji yang kami jalani adalah Haji Tamattuk yang lebih dikenali sebagai haji bersenang-senang juga telah dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW.Kami bertolak dari Dammam Airport pada 7 Zulhijjah dengan penerbangan jam 5 pagi dan dengan menaiki penerbangan SAUDI AIRLINE yang disewa khas oleh AL HAMRA.Dengan penerbangan selama satu setengah jam akhirnya kami mendarat di Jeddah Airport dimana sebelum itu kami telah berniat umrah di miqat dalam kapalterbang.
Dengan deretan bas yang sedia menanti akhirnya kami menaiki bas untuk menuju Mekah bagi menjalani kerja umrah dan kami tiba jam 11 pagi hampir kepada waktu dzuhur.Setelah dzuhur selesai kami terus melaksanakan tawaf qudum ,solat sunnat tawaf dan minum air zam zam.Setelah itu terus mengerjakan Saei yang bermula dari bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah serta bertahalul.
Kami diberikan 5 jam untuk mengerjakan umrah dan setelah itu kami dibawa pula ke Mina yang merupakan tempat penginapan kami sepanjang musim haji ini.Kami beruntung kerana tempat kami hampir dengan jamrat kira-kira 600 meter
8 Zulhijjah (Hari tarwiah)
Pada waktu dhuha semua jemaah haji pada hari ini akan berihram dari tempat masing-masing dan kami di Mina.Dengan memperbanyakkan bacaan Talbiyah,zikir,membaca AlQuran dan berdoa pada hari ini sehingga pada jam 11 malam barulah kami diminta berkemas untuk bertolak ke Arafah.




9 Zulhijjah (Hari Arafah)
Kami sempat berjemaah subuh di arafah dan disini kami ditempat didalam khemah besar dan disedia sleeping bag untuk berehat dan diperdengarkan khutbah hari arafah kemudian setelah matahari tergelincir bersama-sama solat dzuhur dan Asar dengan qasar dan jamak taqdim dua rakaat dengan satu azan dan dua iqamat.
Khemah di Arafah terdapat 4 batang pokok di dalamnya dan terpaksalah berhati
-hati agar jangan terpatah dan terpetik kerana kami dalam ihram.Makan tengahari disediakan bukan main lagi beriani kambing.....
Di Arafah ini aktiviti iaitu bersungguh-sungguh dalam berzikir,munajat,berdoa dengan penuh ketundukan hina diri kepada allah,berdoa dengan hati yang khusyuk,memperbanyakkan selawat dan salam untuk Rasululah SAW serta memperbanyakkan tabiyah,mengangkat tangan dan menghadap kiblat sehingga terbenamnya matahari.
Setelah matahari terbenam kami pun berkemas-kemas untuk bertolak ke Muzdhaifah.
Ketika sampai ke Muzdhalifah,pihak Al Hamra telah menyediakan tempat kami untuk bermabit dengan membuat khemah sementara yang terbuka antara himpitan dua bas dan kami bersolat maghrib dan isya' jamak Qasar,mencari batu untuk melontar dan kemudiannya tidur sampai fajar.Nabi Muhammad SAW juga menjadikan Muzdhaifah untuk berehat bagi mengembalikan tenaga untuk melontar pada keesokkan harinya.
Sebelum fajar kami bertolak semula ke Mina.

10 Zulhijjah(Hari penyembelihan dan aidul Adha)
Kami disediakan batu untuk melontar dan setelah memilih batu-batu kecil kami pun pergi melontar di jamrah Aqabah dengan 7 biji batu kecil secara berurutan satu persatu sambil bertakbir pata setiap balingan.Setelah itu bertahalul awal maka boleh menanggalkan ihram dan boleh berwangi-wangian.Haji Tamattuk memerlukan penyembelihan hadyi dan wajib kpd haji qiran dan haji tammatuk.Pada malam 10 zuhijjah ini hujan turun sekejap membasahi bumi Mina ini.Mabit di mina tak menjadi masalah kepada kami kerana tempat penginapan kami memang di Mina.




11 Zulhijjah(Hari Tasyriq 1)
Pada jam 2.30 pagi kami membuat keputusan untuk ke Mekah bagi melaksanakan tawaf qudum(haji).Pada masa ini di Mina agak ramai orang kerana semua jamaah haji bermabit di sini dan masalah kami bus tak dapat menghantar kami ke Mekah kerana jalan banyak tutup dan hanya boleh menghantar pada jam 11 pagi.Dengan berjalan kaki ke Azaziah pekan terdekat dengan Mina mengambil teksi untuk ke Mekah.Sepanjang ku berjalan kaki berbagai pemandangan yang dapat ku lihat bagaimana umat Muhammad SAW bersungguh-sungguh menjalani ibadat haji ini.


Syukur Alhamdulillah kami dapat juga menyempurnakan tawaf qudhum dan bersolat subuh berjamaah.seterusnya kami mengerjakan ibadah Saei.





Setelah itu kami sempat juga berkunjung ke D'Saji untuk minum pagi masakan Malaysia dan meninjau kedai2 yang berhampiran dengannya.Seteah zhuhur kami bertolak pulang ke Mina dengan menaiki bas sapu.Disebabkan kesesakkan jalanraya dan kesesakan manusia kami terus membuat keputusan untuk melontar di ketiga-tiga jamrah melalui terowong untuk ketingkat 2 jamrah.
Dengan langkah yang perlahan terasa jauh jamrah kerana lautan manusia yang terlalu padat.Ketika melontar disunnahkan menjadikan Mekah disebelah kiri dan Mina disebelah kanan.
Akhirnya dapat juga disempurnakan  melontar di jamrah sughra(kecil) ,selesai melontar disunnat pergi ke kanan jamrah menghadap kiblat kemudian berdoa.Demikian juga setelah selesai melontar di jamrah wushta(tengah) berjalan disebelah ke kiri jamrah menghadap ke kiblat dan kemudian berdoa dan akhir sekali jamrah Aqabah(Besar) tidak digalakkan berdoa.Perlu bermabit di Mina

Pada waktu maghrib sekali lagi kami dikejutkan dengan dentuman petir kilat sabung menyabung dan yang paling menakjubkan ialah turunnya hujan ais.Semua jamaah di tempat kami berdoa dan membaca Al Quran dan terasa dunia hampir dipenghujungnya.
 12 Zulhijjah(Hari Tasyriq 2)
Ketika di mina kita diperlukan memenuhi masa dengan sesuatu yang bermanafaat (kebaikan)dan berzikir kepada Allah.Setelah masuk dhuhur melontar di ketiga2 jamrah.Bagi mereka yang membuat nafar Awal akan berkemas untuk pulang tetapi kami akan terus tinggal di mina hingga hari ke 13 Zulhijjah.

13 Zuljijjah(Hari Tasyriq ke 3)
Setelah masuk waktu zhuhur kami pergi meluntar di tiga jamrah dan kemudian bertolak ke Mekah untuk membuat tawaf wida' dan di sini sekali lagi kesesakan lalulintas berlaku dan kami terpaksa berjalan kaki masuk terowong untuk menuju mekah.Akhirnya tawaf wida' dapat disempurnakan di tingkat paling atas.

Sesungguhnya pengalaman menunaikan haji merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan semuga semua doa yang dipohon sepanjang kerja haji tersebut dimakbulkan dan Semuga Allah menjadikan kerja hajiku sebagai haji yang Mabrur