Monday, March 19, 2012

ROMBONGAN PENGANTIN KE SINGAPORE

Jodoh pertemuan semuanya ditangan tuhan siapa sangka setelah lebih dari 20 tahun hidup sebagai ibu tunggal akhirnya kakak ipar sulong telah bertemu dengan jodohnya iaitu seorang warga Singapura.Rombongan Cik Kiah bertolak dari Arab Saudi turun ke Kuala Lumpur seterusnya menuju Kemaman dan akhirnya menginap beberapa hari di Johor Bharu dan seterusnya menuju ke Singapura.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.SELAMAT PENGANTIN BARU  buat Kak Bee dan suami.
 Nak jadi cerita semua keluarga diminta berbaju warna grey so belilah  baju warna grey tapi boleh ke terlupa nak bawa bersama sewaktu travel dari kemaman ke Johor Bharu sanpai di Pekan Pahang baru teringat baju bersangkut berplastik lagi yang digantung dalam almari tertinggal so jadilah pelik bila semua berbaju sama warna kita warna lain.
Sambil menyelam minum air lepas saja majlis pernikahan kami pun meronda satu Singapura
Terima kasih kepada keluarga pihak lelaki yang melayan rombongan kami dengan baik sekali.