Wednesday, October 13, 2010

MELANCONG KE KAHERAH,MESIR

Buat pertama kalinya dalam sejarah hidupku menyambut hariraya di perantauan.Ketika itu hariraya
Aidil Adha .Nak balik Malaysia terasa baru sahaja meninggalkannya maka terpaksalah beraya dikawasan yang berhampiran dengan Saudi.Tempat yang menarik untuk menjejaki peninggalan sejarah purba.Namun kepada mereka yang nak melancong ke sini nasihat adaah BERHATI-HATI kerana budaya di sini suka minta Tips .
Mural di lapangan terbang Cairo

tertarik pada mural hotel penginapan

bersama agen pelancong yang sporting

berlatarbelakangkan piramid  dan tak sangka kawasan binaan piramid ini betul-betul d ikawasan penempatan penduduk dan di bandar
depan pintu masuk piramid

menaiki unta dan satu lagi nasihat walaupun dah bayar pada agen kos pengangkutan unta tapi hati-hati pembawa unta akan minta juga tips khasnya wanita mereka akan bawa jauh dari suami untuk minta tips beli rokok sedang mereka masih budak
Antara restoran yang disinggahi
Menyusuri sungai nil sambil makan dan melihat hiburan exotik mesir...gelek jangan tak gelek
bersama penari dalam bot

mak oi...

masih makan-makan

makan percuma semua yang ada tapi bayaran untuk air dikenakan dan yang terkezutnya harga satu botol mineral spt digambar 20 pound mesir.Mahalnya............
Lawatan ke Muzium pula

Masjid AlAzhar


Lawatan ke tempat membuat kapet
Kubu Salahuddin Alayubi

Melawat kedutaan Malaysia di Kaherah
kalau nak ke Mesir jumpa Pak Mat yang banyak membantu membawa ke kawasan yang tidak dibawa oleh agen pelancong.Kebetulan jumpa Pak Mat ketika bersembahyang di Masjid Al Azhar.
Di rumah pegawai kedutaan yang kebetulan orang sekampung.Kecilnya dunia ya....

Saturday, October 9, 2010

RIYARD IBU NEGARA SAUDI ARABIA

Sekali lagi kami berkesempatan menyertai rombongan SAEA untuk melawat bandaraya Riyard.Rasanya cukuplah sekali ni pergi ke Riyard kerana perjalanan dari Ras Tanura memakan masa lebih kurang 4 jam dengan pemandangan padang pasir yang luas.
Muzium Nasional Saudi Arabia
Rombongan khusuk mendengar penerangan pihak muzium.

gambar peninggalan kawasan madain salleh iaitu sebuah tempat yang telah dilaknat tuhan di zaman nabi salleh kerana keinggaran umat nabi salleh mengikut perintah Allah s.w.t.Tiada kehidupan langsung samada kehidupan manusia,haiwan mahupun tumbuhan di kawasan tersebut dan ini telah diceritakan kisah tersebut didalam Alquran ,
gambar mekah pada sautu ketika dahulu...........
Pedang lambang kekuatan pertahanan dan juga tertera pada bendera mereka
kenderaan yang pernah digunakan oleh King Arab

kalau tak silap gua yang pernah digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w iaitu Gua Hira'
Sebelum pulang sempat juga singgah di Mall terbesar di Riyard dan yang uniknya interior masih mengekalkan pohon kurma.Pengalaman yang menyeronokkan untuk mengenali Saudi Arabia dengan lebih dekat.

HOFUF LEMBAH OASIS TERBESAR DI SAUDI

Kali ini paparan tempat menarik untuk dilawati di Saudi.Bukan senang untuk merayau-rayau di Saudi kerna bukan senang untuk mendapatkan visit visa untuk melawat kawasan luas di Saudi.
Rombongan yang dikendalikan oleh Pertubuhan Pekerja Saudi Aramco(SAEA)menaiki bas sebanyak 3 buah yang membawa rombongan pekerja dan keluarga untuk melawat ke beberapa kawasan yang menarik.
Lawatan ke Muzium di sana.

siapa sangka di padang pasir ada ternakan lembu yang luas yang membekalkan susu kepada sebuah syarikat barangan produk tenusu Ar Rabie.
teknologi boleh mengubah kawasan tandus menjadi makmur

rumah pekerjanya yang bagaikan planet lain penuh ngan piring statelit

keajaiban alam semulajadi ciptaan ilahi..Mashaalah
kilang kraftangan
antara jamuan yang diberikan dari kilang susu hinggalah ke hotel.Seronok sangat.