Sunday, September 19, 2010

Kuih Arab(Labneh)

Resepi ini dapat sewaktu belajar mengaji kat kelas Dakwah Centre Rahimah ,ustazahnya bukan je memberi ilmu akhirat malahan juga ilmu kemahiran hidup .Ustazah ni pakar daam masakan kebetulan hari tu dia bawa cinnamon roll bukan dari kedai cinnabon tapi buatan dia sendiri.Resepi yang diberinya ini plaing ringkas dan mudah dan bukan saja boleh buat cinnamon roll je tapi boleh digunakan buat pizza mahupun labneh.Yang penting bila sejuk atau dah lama terbiar terdedah dek angin masih lagi lembut tak macam resepi lain bila terdedah jadi keras bila dimakan.
ni yang penting coz namanya pun ambil dari bahan ini iatu Labaneh.
Alat yang bantu meringankan kerja pun penting masukkan je lepas 1 jam 30 minit doh siap untuk dibentuk


Resepi Labaneh
4 cups flour
1/2 cup oil
11/2 cups water
1 spoon yeast(saya guna 1 packet)
1 spoon baking powder
4 spoons milk powder
1/2 cup sugar
1 packet vanilla powder(kat arab pakai vanilla powder)

Cara-caranya
Masukkan semua bahan cecair dalam mesin roti diikuti dengan bahan kering.Set no 8 iaitu masa 1 jam 30 minit .Siap doh uli macam buat karipap yang guna acuannya. Masukkan labaneh dan kepit.
Sediakan oven dan bakar hingga warna kekuningan.Ops jangan lupa griskan dulang pembakar dan tabur tepung sikit.








Saturday, September 18, 2010

Decopage

Decopagelah pulak.Seronok juga bila bahan bahan terbuang dapat kita tambah nilaikan dan dapat juga menjayakan kempen selamatkan bumi kita .Pantang bila meronda nampak tisu yang cantik2 apa lagi rembatlah untuk mendecopage.Anak-anak pun tahu bila ternampak tisu yang comel berteriak panggil untuk memilih yang mana sesuai.Nampak gaya ilmu2 ni boleh juga digunakan nanti bila balik mengajar nanti khasnya untuk menarik minat pelajar cara menambahnilaikan produk2 dalam keluaran.

Barbie faux cake

Sempena tanggal kelahiran anakandaku yang ke 9 ku titipkan barbie cake ini ....barbie lama yang dah tak ada kaki boleh juga direcyclekan dan ditransform menjadi faux cake.Merupakan projek keras tangan yang kedua selepas cup cake

Salam perkenalan

Setelah hampir 16 bulan ku berkelana di bumi ambia ini,mencari,meninjau,meraba-raba di dalam terang kini akhirnya dapat ku temui sesuatu yang membikinkan diri ini lebih bermakna. Sekian lama diriku ku abdikan untuk memberi khidmat kepada masyarakat tetapi tiba-tiba diri terasa tidak berguna kerna tidak dapat  memberi sesuatu pada yang sepatutnya.Tapi kali ini akan ku gunakan ruangan ini untuk ku ekspretasikan buah fikiranku untuk semua.Ku kira tidaklah terlambat untukku mendambakan apa jua yang diinginkan.


PROJEK PERINTISKU

 Sana sini Cupcake apalagi aku pun nak bercup cake.Ini merupakan projek perintisku.
Setelah berhempas pulas beryoutube akhirnya inilah hasil faux cupcakeku.Banyak juga cupcake ku dapatku berikan pada sanak saudara untuk ingatan forever kepadaku walaupun ku berada jauh namun cupcake tetap ada untuk tatapan mereka.Sedang merancang nak membuat Barbie faux cake.Tunggu....................