Sunday, September 19, 2010

Kuih Arab(Labneh)

Resepi ini dapat sewaktu belajar mengaji kat kelas Dakwah Centre Rahimah ,ustazahnya bukan je memberi ilmu akhirat malahan juga ilmu kemahiran hidup .Ustazah ni pakar daam masakan kebetulan hari tu dia bawa cinnamon roll bukan dari kedai cinnabon tapi buatan dia sendiri.Resepi yang diberinya ini plaing ringkas dan mudah dan bukan saja boleh buat cinnamon roll je tapi boleh digunakan buat pizza mahupun labneh.Yang penting bila sejuk atau dah lama terbiar terdedah dek angin masih lagi lembut tak macam resepi lain bila terdedah jadi keras bila dimakan.
ni yang penting coz namanya pun ambil dari bahan ini iatu Labaneh.
Alat yang bantu meringankan kerja pun penting masukkan je lepas 1 jam 30 minit doh siap untuk dibentuk


Resepi Labaneh
4 cups flour
1/2 cup oil
11/2 cups water
1 spoon yeast(saya guna 1 packet)
1 spoon baking powder
4 spoons milk powder
1/2 cup sugar
1 packet vanilla powder(kat arab pakai vanilla powder)

Cara-caranya
Masukkan semua bahan cecair dalam mesin roti diikuti dengan bahan kering.Set no 8 iaitu masa 1 jam 30 minit .Siap doh uli macam buat karipap yang guna acuannya. Masukkan labaneh dan kepit.
Sediakan oven dan bakar hingga warna kekuningan.Ops jangan lupa griskan dulang pembakar dan tabur tepung sikit.








No comments:

Post a Comment