Friday, March 18, 2011

Kreativiti kawan-kawan(Hidangan Makanan)

Kagum dan terpesona dengan keativiti kawan-kawanku.Bila duduk jauh dari tanahair kerinduan untuk menikmati hidangan makanan Malaysia memang tidak dapat dielakkan.

Kalau kat Malaysia nak makan apa sebut je....mesti boleh cari tapi mujurlah zaman mengidam dah berlalu ..tapi hidangan yang kawan-kawanku buat diwaktu majlis makan-makan benar-benar dapat melepaskan kerinduan terhadap makanan Malaysia malah hidangan yang mereka buat lagi lazat dari makanan yang pernah aku beli

 Ni antara hidangan dari member yang memang pakar masak cakap je nak makan apa dia memang bersedia punya
Posing yang seperti selalunya iaitu barisan pakar-pakar menikmati hidangan
 Cara susunan hidangan mengikut kreativiti masing-masing
 Posing depan meja menjadi kegemaran kami...menghargai hasil kerja tuanrumahlah katakan...... 

 


yang ni makanan international melayu,jepun dan juga baratMenggodakan...terkeluar air lior kuah rojak homemade   
BUAT SAHABAT-SAHABATKU KAMU SEMUA MEMANG THE BEST CHEF IN THE WORLD

Tuesday, March 15, 2011

"ANCIENT GARDENS"GARDEN & FLOWER FESTIVAL"ARAMCO DHAHRAN

Siapa sangka di bumi yang panas dan tandus ini boleh ditransformkan menjadi sebuah taman yang indah diselaputi dengan bunga-bungaan yang berwarna warni.March 3 dan 4 yang lalu telah diadakan satu festival garden and flower yang bertemakan ancient garden.
Opps ni bukan kat Aramco Dhahran tapi Aramco Ras Tanura.Kat sini tak ada flower festival tapi kat sini  banyak bunga almaklumlah musim sejuk masih belum berakhir.
Persembahan sempena pelancaran festival tersebut

Hasil kreativiti yang mesra alam

Tarian singa pun ada

Model-model mengikut negara terentu dan yang ni Rom  
Dari China

Taman Inggeris
Taman Jepun

Persembahan budaya negara tuan rumah yang merupakan tarian pedang yang sering dipaparkan bila jamuan bersama pembesar negara juga King Arab Saudi (selalu tengok kat tv raja juga turut serta dalam tarian pedang)

Dan tak juga ketinggalan memaparkan kraf unik dari negara Saudi.

Bunga tak dapat dipisahkan dalam kehidupan manusia dari segi keindahan warna dan bentuknya diserikan lagi dengan bau-bauannya tidak kira apa jua bangsa negara masih tetap menyanjungi keindahan bunganya.

Wednesday, March 2, 2011

INTERNATIONAL DAY 2011 @ RAS TANURA ELEMENTARY SCHOOL

"Proud to be Malaysian" ini lah ungkapan yang dapat diberikan apabila kami dapat menjayakan program sekolah Ain dengan sempurna dan booth kami mendapat sambutan yang ramai dari pengunjung.Setelah 3 kali bermesyuarat menentukan tugasan masing-masing  akhirnya inilah hasilnya.
Waktu ni baru nak mula menyusunatur barang yang akan dipamerkan.Masa untuk menyusunatur barangan pada jam 1 hingga 3 petang.
Sambil kerja sambil posing.

Beberapa segmen akan dipamerkan iaitu barangan kraf,permainan tradisional,pakaian dan juga makanan serta barangan cenderahati untuk pengunjung terawal.
Antara negara-negara lain yang mengambil bahagian sedang menyusunatur barang masing-masing.
3.45  - 5.00 pm Acara di dalam dewan iaitu International Parade yang disertai  oleh semua pelajar.
Bukan main lagi Ain bersama duta kecil Malaysia


Aktiviti Ain melukis baju kebangsaan masing-masing

5.00 hingga 7.00 pm semua ibubapa dan pelajar berkunjung ke pameran booth semua negara

tu dia wakil 3 negara Jepun.Korea dan Malaysia
permainan congkak pun kami sediakan dan anak-anak sibuk bermain.

Untuk pembaikan bagi persediaan tahun depan,ada beberapa barang lagi perlu dicari apabila pulang nanti di tanahair tercinta