Wednesday, March 2, 2011

INTERNATIONAL DAY 2011 @ RAS TANURA ELEMENTARY SCHOOL

"Proud to be Malaysian" ini lah ungkapan yang dapat diberikan apabila kami dapat menjayakan program sekolah Ain dengan sempurna dan booth kami mendapat sambutan yang ramai dari pengunjung.Setelah 3 kali bermesyuarat menentukan tugasan masing-masing  akhirnya inilah hasilnya.
Waktu ni baru nak mula menyusunatur barang yang akan dipamerkan.Masa untuk menyusunatur barangan pada jam 1 hingga 3 petang.
Sambil kerja sambil posing.

Beberapa segmen akan dipamerkan iaitu barangan kraf,permainan tradisional,pakaian dan juga makanan serta barangan cenderahati untuk pengunjung terawal.
Antara negara-negara lain yang mengambil bahagian sedang menyusunatur barang masing-masing.
3.45  - 5.00 pm Acara di dalam dewan iaitu International Parade yang disertai  oleh semua pelajar.
Bukan main lagi Ain bersama duta kecil Malaysia


Aktiviti Ain melukis baju kebangsaan masing-masing

5.00 hingga 7.00 pm semua ibubapa dan pelajar berkunjung ke pameran booth semua negara

tu dia wakil 3 negara Jepun.Korea dan Malaysia
permainan congkak pun kami sediakan dan anak-anak sibuk bermain.

Untuk pembaikan bagi persediaan tahun depan,ada beberapa barang lagi perlu dicari apabila pulang nanti di tanahair tercinta

1 comment:

  1. salam zawiyah..kalau mcm tu bolehlah jejalan kat sana..tidur rumah kamu boleh ker?

    ReplyDelete