Monday, August 22, 2011

ALFATIHAH BUAT BONDA

Setiap kali selepas sembahyang ku titipkan doa buatmu ibu.Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh yang dijanjikan syurga tertinggi. 
Hari ini genap 6 tahun bonda meninggalkan kami.
AL FATIHAH........
Pusaramu pasti kami kunjungi setiap kali lebaran menjelma agar kami yang hidup juga sentiasa ingat  bahawa setiap makhluk di mukabumi ini juga sautu hari nanti akan jua kembali kepada maha penciptaNya

Anak-anakku dan anak-anak buahku isikanlah dadamu dengan bekalan ilmu akhirat disamping ilmu dunia agar kita mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.Ameen
Itulah juga pesanan yang sering diucapkan oleh nenek sewaktu hayat beliau.

No comments:

Post a Comment