Berkesempatan balik Malaysia baru2 ni sempat mengemas2 barang-barang lama yang nak dimuziumkan atau untuk dibuang.Semakin kepenghujung cuti rehatku akan berakhir terpaksalah kemas-kemas mencari bahan-bahan lalu yang boleh digunakan untuk menyambung semula tugas.Terjumpalah majalah sekolah lama yang menjadi hasil buahkerjaku semasa memegang jawatan lalu. Tak pasti bila melaporkan semula bertugas akan dapat sekolah yang sama atau mungkin ke sekolah lain maka diabadikan kenangan bersama sekolah SMK Sultan Ismail II.
Sepanjang tempoh berada di Smk Sultan Ismail II dapat merasai 5 orang pengetua yang berbeza iaitu Tuan Haji Mokhtar,Tuan Haji Mohammad.Pn Arija,En Ishak Jaafar dan Tuan Haji Mustapha.
Tak sia-sia usaha perintis ku meminjam baju graduasi sekolah sebelah akhirnya sekolahku berusaha untuk membuat baju graduasinya sendiri dan meneruskan usahaku untuk menjadikan Majlis Graduasi Tingkatan 5 sebagai satu Majlis tradisi setiap tahun.
Semoga SMK SI 2 terus mencipta kecemerlangannya di peringkat negara,negeri,jabatan dan daerah.
No comments:
Post a Comment