Sunday, November 27, 2011

TUDUNG BAWAL SULAMAN KECIL

Aduh Mahalnya.....kawan di saudi minta kirimkan tudung bawal dan tak ku sangka rupanya tudung ni mahal bukan main...Apa ya keistimewaannya....Jom tenguk
 Kawanku nak banyak syaratnya tak mahu kerawang banyak,bling2 yang banyak so carilah yang sederhana meriah je.....




Semoga berkenanlah apa yang telah dibeli ini ya....

Friday, November 25, 2011

MEE CALONG GEBENG

Lepas tension berperang dengan teori2 makroekonomi masa untuk pekena mee calong gebeng kaw...kaw..punya...dalam 3 jam saja dah habis...

Kedai yang menjual bee hoon calong ni terletak di jalan lama menuju ke Pelabuhan Kuantan dari Cherating yang selalunya menjadi tumpuan pekerja-pekerja swasta yang bekerja di Kawasan Perindustrian Gebeng...Memang sedap...
Yummy...yummy...
Mee tom yam....

Mee Kari...

Sempat jugaklah tanya rahsia keenakkan kuah calong tu....rahsianya rebusan ikan dan daging itulah rahsia yang diberi.....

DEMAM DEMAM STPM

Syukhur alhamdulillah...beberapa soalan spot mikroekonomi yang dibuat bertepatan dengan soalan yang dikeluarkan dalam peperiksaan STPM yang sedang dijalani oleh anak.....tak sia-sia terbang balik mengharung 14 jam perjalanan hanya untuk memberi moral support kepada anak yang akan sedang bertarung dalam peperiksaan tersebut.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Hanya padaMu aku berserah Semuga jawapan yang diberikan oleh anakku adalah jawapan yang dikehendaki oleh pemeriksa kertas...... Kini tinggal satu lagi paper Makroekonomi...Semoga tekaan ku soalan sekitar tahun 2005,2006 dan 2007,akan diulang pada tahun ini insyaallah....
                    

Wednesday, November 16, 2011

STOKE( PORTMEIRION FACTORY)

Impian menjejaki Arsenal tertunai sudah kini giliran menjejaki Stoke yang terkenal dengan tempat pottery di UK kerana banyak pinggan mangkuk jenama popular datang dari daerah tersebut contohnya Wedgeworth.Royal Albert.Royal Doulton dan yang menjadi kegemaranku juga ada di sana iaitu Portmeirion.
Stoke sebuah pekan kecil yang popular di kalangan pencinta pinggan mangkuk.
Kami sampai lewat petang dan kebanyakan kedai di sini tutup jam 6 petang,Dengan waktu yang terbatas terasa diri terawang ditengah-tengah lautan pinggan yang tak tahu mana satu yang hendak dipilih.Lain kali kalau nak membuat pilihan yang bijak datanglah awal agar pilihan yang dibuat tidak tergesa-gesa.....Ada alasan untuk hadir semula ke sini....Insyaallah,,
Akhirnya dapat juga kujejaki tempat ini....
Patutlah member yang duduk di UK berbisnes pinggan mangkuk ni online mendapat sambutan hangat dan pasti masyuknya bagus jugak ya.......

Monday, November 14, 2011

MISI KE ARSENAL

Hari ketiga di UK baru kami mengambil keputusan untuk meronda di kota London dan akan menginap di hotel sana kerana kalau berulang dari rumah kenalan kami di Loughborough akan membuang masa perjalanan pergi dan balik.Sehari suntuk meronda di Stratford dan Oxford dan bila malam baru kami tiba di kota London dan check in di hotel budget,Travelodge yang banyak cawangannya di merata tempat.Awal-awal pagi kami check out simpan barang di kereta dan pergi ke Malaysian Hall for breakfast.


Misi bermula selepas makan pagi di restoran di Malaysian Hall dan nak cuba naik tube dan bus ronda di kawasan sekitar dengannya.Di Kota London ni masalah parking merupakan masalah besar kebetulan ada hotel yang berhampiran membenarkan kami park walaupun kami bukan pelanggan mereka dengan kadar bayaran yang berpatutan.
Banyak syarikat menawarkan promosi pakej ronda London pilih sahaja mana yang disukai...Kami mulakan rondaan kami dengan menaiki tube untuk ke Arsenal almaklumlah anak2 lelaki termasuk bapaknya nak juga menjejaki stadium dan muzium arsenal serta membeli suvenior arsenal so dengan bantuan peta kami memulakan ekspidisi menjejaki stadium arsenal.
Bermula dengan station Queensway akan menuju ke arsenal....
Naik tube ni memerlukan juga tenaga fizikal untuk naik tangga turun tangga coz bukan semua station ada eskalator dan perlu bertukar station untuk ke tempat yang dituju asal kita pandai baca laluan warna yang tertera pada carta aliran tube tersebut.



                                                          Muzium Arsenal
Maka tertunailah hasrat boss untuk menjejaki stadium arsenal....lepas ni di lain kali manchesterlah pulak next trip or next yearlah ya....

Sunday, November 13, 2011

MAKAN-MAKAN DI KOTA LONDON

Jalan-jalan cari makan,,,,JOM tengok antara tempat yang dikunjungi
Jangan tengok saiz tempat coz kat sini tempat kebanyakan saiz kecil2 kalau besar budget pun besar gak kan....tapi yang penting makanannya rasanya mesti kaw...kaw..punya.
Terubat rindu nak makan kuih tradisional antaranya bingka ubi,kuih lapis dan kuih bakar,,,,
Memang sedap kalau mee goreng mamaknya lengkap ramuannya,satay pun kaw,char keaw tiaw emmmm.....nasi goreng ladna pun sedap...memang berbaloi
Kalau nak cari restoran Bonda ni  cari Bangunan Mara House dan ditepinya sebelah kanan akan jumpa restoran tersebut turun kebawah.
Yang ini pula restoran berhampiran bangunan Malaysian hall
 Lauk pauk kat sini banyak tak tahu mana nak pilih.....
kalau tenguk lagi sekali kuih raya pun ada dijual
Restoran Jom Makan pun banyak cawangannya di London dan ada juga di Oxford street tetapi ini cawangan Universiti Loughborough.

TRIP TO LOUGHBOROUGH,NORTH LONDON

Sementara masih di Saudi yang berada berhampiran dengan negara-negara Eropah yang lain dan di tengah negara timur dan barat kali ini mission ke London.Kalau dulu pada tahun 2000 semasa  kunjungan ke Belgium hajat nak singgah di London terbantut kerana terlalu lama di sana dan rindu kat anak yang masih kecil yang ditinggalkan hasrat untuk singgah ke London terpaksa dibatalkan tetapi kali ini dapat jua ke sini bersama-sama anak2 yang dah besar untuk melancong di bandaraya ini.
Dari Dammam International Airport kami berlepas jam 10.50 malam transit di Abu Dhabi selama 1 setengah jam dan akhirnya sampai di Heathrow jam lebin kurang 5 pagi dengan lebih kurang 7 jam perjalanan,
Cuaca sejuk sesuai untuk berjalan-jalan dan shopping.
Kami menyewa kereta dari syarikat Sixt dan sementara mendapatkan kereta kami menaiki shuttle  ke syarikat tersebut untuk memilih kenderaan yang dikehendaki.Kebetulan ada promosi bagus oleh syarikat tersebut so pilih kenderaan yang tak mampu nak beli kat negara sendiri tapi mampu digunakan di negara orang.....

Syarikat ni tak jauh dari Airport lebih kurang 10 minit perjalanan.
Tu dia.... yang mana satu idaman kalbu....
Dengan menyewa sekali GPS yang banyak membantu kami mencari tempat yang asing bagi kami menuju ke teMpat kenalan kami yang tinggal di kawasan luar dari kota London iaitu di Loughbrough,North London kira-kira 178 km dari Airport.Ini merupakan R&R pertama yang kami singgah dimana tempatnya bersih dan cantik menjadi tempat persinggahan dan rehat untuk orangramai.
Disamping kedai makan ada juga disediakan supermarket dan yang tak bestnya ada juga tempat jackpot
Setelah puas berposing depan rumah orang rupanya salah rumah....nasib baik tuan rumah tak ada....
Akhirnya call kenalan...... tu dia first time jumpa.....
Akhirnya jumpa dah rumah yang dituju rumah En Azrul dan Puan Rozi Shahirah ..Luv you all
 Terima Kasih Makcik(Bonda Rozi) yang masak sedap2 untuk kami
Inilah kereta yang disewa  selama 5 hari kami berada di sini yang terbukti mempunyai keistimewaannya tersendiri apabila menghadapi saat tertentu dengan cuaca yang tidak menentu.