Monday, November 14, 2011

MISI KE ARSENAL

Hari ketiga di UK baru kami mengambil keputusan untuk meronda di kota London dan akan menginap di hotel sana kerana kalau berulang dari rumah kenalan kami di Loughborough akan membuang masa perjalanan pergi dan balik.Sehari suntuk meronda di Stratford dan Oxford dan bila malam baru kami tiba di kota London dan check in di hotel budget,Travelodge yang banyak cawangannya di merata tempat.Awal-awal pagi kami check out simpan barang di kereta dan pergi ke Malaysian Hall for breakfast.


Misi bermula selepas makan pagi di restoran di Malaysian Hall dan nak cuba naik tube dan bus ronda di kawasan sekitar dengannya.Di Kota London ni masalah parking merupakan masalah besar kebetulan ada hotel yang berhampiran membenarkan kami park walaupun kami bukan pelanggan mereka dengan kadar bayaran yang berpatutan.
Banyak syarikat menawarkan promosi pakej ronda London pilih sahaja mana yang disukai...Kami mulakan rondaan kami dengan menaiki tube untuk ke Arsenal almaklumlah anak2 lelaki termasuk bapaknya nak juga menjejaki stadium dan muzium arsenal serta membeli suvenior arsenal so dengan bantuan peta kami memulakan ekspidisi menjejaki stadium arsenal.
Bermula dengan station Queensway akan menuju ke arsenal....
Naik tube ni memerlukan juga tenaga fizikal untuk naik tangga turun tangga coz bukan semua station ada eskalator dan perlu bertukar station untuk ke tempat yang dituju asal kita pandai baca laluan warna yang tertera pada carta aliran tube tersebut.



                                                          Muzium Arsenal
Maka tertunailah hasrat boss untuk menjejaki stadium arsenal....lepas ni di lain kali manchesterlah pulak next trip or next yearlah ya....

No comments:

Post a Comment