Saturday, December 15, 2012

DALAM HATI ADA TAMAN 2



                                             Tahniah Anakku...Perjuangan masih belum selesai








Friday, December 14, 2012

BUKIT UHUD DAN BUKIT PEMANAH

Bila sampai sahaja memasuki kota madinah pasti kita akan terpukau dengan jaluran bukit Uhud yang menjadi sempadan di bahagian tertentu di Madinah.Sewaktu kami sampai dengan penerbangan 10.30 malam dari Damman menuju Madina Airport jam menunjukkan jam 12 tengah malam.Kehadiran kami seperti disambut dengan jaluran bukit uhud yang disinari lampu disepanjang jalan menuju ke Masjid Nabawi.
Hari kedua kami di sini kami dibawa melawat ke Bukit Pemanah dan Makam syuhadah yang terkorban dalam peperangan Uhud.AlFatihah buat pejuang shahid islam.
umrah-madinah2

Bukit Uhud adalah bukit terbesar dan terpanjang yg terletak di Madinah,iaitu kira-kira 5km dari pusat bandar.Di sinilah berlakunya peperangan uhud di antara tentera Islam dan tentera Musyrikin dari Makkah.Baginda pernah bersabda tentang keistimewaan bukit uhud ini yg bermaksud "bukit ini (uhud) mencintai kami dan kami mencintainya"-sahih bukhari.
       Sementara itu satu bukit yang rendah, yang dinamakan bukit pemanah. Di bukit inilah tentera Islam berkubu mengadap bukit Uhud. Jarak antara dua bukit ini iaitu Bukit Uhud dan Bukit Pemanah agak jauh dan tentera Islam dapat mengalahkan tentera Musyrikin pada mulanya.  Kita juga akan berasa sayu apabila menziarah maqam para syuhada’ perang Uhud. Kubur di sini tiada batu nisan. Tanahnya rata sahaja. Kalau adapun pada sesuatu kubur hanya diletakkan batu-batu bukit sebagai nisan. 
umrah-madinah2a

MASJID QUBA




Dengan bantuan dua pelajar dari Universiti Islam Madinah kami telah dibawa melawat di kawasan sekitar kota Madinah.Tempat pertama yang dibawa ialah di Masjid Quba.Disini desertakan sejarah Masjid Quba yang penting untuk diketahui dan mengambil keberkatan untuk mendapatkan ganjaran besar apabila bersembahyang di dalamnya



The Quba Mosque (Quba' Masjid or Masjid al-QubaArabic: مسجد قباء), in the outlying environs of Medina in Saudi Arabia, is the oldest mosque in the world. Its first stones were positioned by the Islamic prophet Muhammad on his emigration from the city of Mecca to Medina and the mosque was completed by his companions. Muhammad spent more than 20 nights in this mosque (after migrating) praying qasr (a short prayer) while waiting for Ali whose house was behind this mosque.[citation needed]
According to Islamic tradition, offering two rakaʿāt of nafl prayers in the Quba Mosque is equal to performing one Umrah. Quba Masjid is the first mosque built in the history of Islam and was built as soon as Muhammad arrived on the Hijra.[1]
Muhammad used to go there, riding or on foot, every Saturday and offer a two rak'ah prayer. He advised others to do the same, saying, "Whoever makes ablutions at home and then goes and prays in the Mosque of Quba, he will have a reward like that of an 'Umrah." This hadith is reported by Ahmad ibn HanbalAl-Nasa'iIbn Majah and Hakim al-Nishaburi.
Syukur Alhamdulillah dapat juga kami hadir di masjid pertama Rasululah saw dirikan sewaktu sampai di kota Madinah(Yastrib) 

Bukit Magnet (Wadi Jinn)

Ziarah kali ini memberi kesempatan kepada kami untuk melawat kawasan yang menarik disekitar kota Madinah.Disini disertakan lokasi yang dikatakan yang sempat kami kunjungi

 A Valley located about 35 KMs to the north-west of Madina in Saudi Arab. A road passes through the bed of the valley. What’s famous about this place is that, cars actually accelerate on their own with their engines off. They are known to accelerate over a stunning 120 Km/hr speed.

Memang benar apabila kami hadir ke kawasan tersebut ada sekeluarga Arab telah membuat ekspiremen di atas jalan dengan menuangkan air di tengah jalan air tersebut bukan menurun tetapi telah mengalir naik walaupun di cerun menurun.Kami pun tumpang sekaki untuk menyaksikannya.Dalam youtube ada juga ditujukkan.Taip saja Wadi Jinn ......
 MASJID NABAWI YANG SERING DIRINDUI.....LAMBAILAH DAKU UNTUK HADIR LAGI MENGUNJUNGI MASJIDMU YA RASULULAH
Sorrylah coz of over limit gambar tak dapat disertakan disini tapi hanya gambar recycle dapat disertakan


Monday, December 3, 2012

BILA MUSIM PANAS BERAKHIR

Cukup nyaman cuaca kali ini,musim sejuk tiba awal dari tahun sebelumnya dan mula bunga-bunga indah menghiasi sekitar camp Ras Tanura dan tak ketinggalan kawan-kawanku juga bersama-sama mengindahkan kawasan kediaman masing-masing







Dijangka suhu akan turun sehingga 5 degree pada akhir disember ini.....Adakah dapat ku nikmati kedinginan itu kerana penerbangan kembali ke tanahair pada 23 hb disember untuk kembali bertugas.......


Thursday, November 29, 2012

DALAM HATI ADA TAMAN

Gembiranya hati seorang ibu melihat kejayaan yang dicapai oleh permata hati...Ini baru permulaan dalam hidupmu dan mama doakan akan terus berjaya mencipta kejayaan di dunia dan juga akhirat
 Walaupun hari ini hari bersejarah buatmu berdiri tegak menerima segulung diploma tanpa ibu dan ayah disisi untuk berkongsi kegembiraan itu namun dari jauh iringan doa kami buatmu sepanjang hayat
SELAMAT BERJAYA UNTUK TERUS MENUJU KE SATU TINGKAT LAGI KE IJAZAH!!!!!
(gambar tak dapat upload coz dah over storage limits)

Tuesday, November 6, 2012

MALAYSIA BOLEH

Allah menentukan segalanya ....peluang yang ada digunakan sungguh-sungguh anakanda yang memang sebati dengan sukan...apa sukan yang tidak disertai...Namun yang membanggakan anak Malaysia jika diberi ruang dan peluang pasti boleh melaksanakan misi dan visi yang diingini
                                    Ini kali kedua wakil High School ke Italy untuk bermain
                            Jangan sangka fizikal kecil tak dapat mengalahkan org barat yang tinggi dan besar
                         Main punya pasal penat tolak tepi coz baru je balik dr Malaysia raya haji terus gi Itali
                                  Permainan yang kurang disertai oleh anak melayu di negara sendiri
                               Syabas buat anakanda ada setahun lagi untuk menamatkan pengajian di sana

Saturday, October 20, 2012

GRADUASI SESERI d ADTEC

Bila tiba penghujung tahun setiap sekolah di Daerah Kemaman akan mengadakan Majlis Graduasi untuk Pelajar Tingkatan 5.Ini merupakan tahun pertama meraikan Majlis Graduasi di Sekolah baru ku ini......ADTEC menjadi lokasi Majlis tersebut
Barisan Pengurusan SESERI 2012
Sebelum majlis bermula
Tetamu VVIP
Backdrop
 Jamuan VIP
 Yang diraikan
tersenyum......
Terima Kasih ADTEC 

suasana yang cantik dan seragam gah
                                                                   bermaklumat
sempat bergambar ngan anak didikku
Terima Kasih daun keladi,tahun depan terimalah kami lagi

Thursday, October 4, 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP ) 2013-2025

Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP )  merupakan pembaharuan yang bakal dilakukan kepada sistem pendidikan negara yang mana tempoh pelaksanaanya adalah dari tahun depan 2013 sehingga tahun 2025. Sebelum ini, iaitu sekitar 2006 sehingga 2010 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan digunapakai dan sejajar dengan kemajuan serta trend negara yang semakin berubah memerlukan satu pembaharuan dimana ia dirangka didalam satu pelan baru iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP )


Secara umum, 9 perkara dibawah adalah aspek yang bakal disentuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan iaitu :

Memartabatkan profesion perguruan.
  • Meningkatkan kualiti guru
  • Pengambilan calon guru melalui akademik cemerlang
  • Kualiti dalam latihan perkhidmatan
  • Menambah bilangan guru dengan tetapan 1 guru 13 orang pelajar berbanding sebelum ini 1 guru 16 orang pelajar.

Meningkatkan kepimpinan sekolah.
  • Memberi ganjaran kepada pengetua dan guru besar yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dan meningkatkan prestasi sekolah.
  • Pemilihan pengetua dan guru besar berdasarkan merit serta pelan peralihan yang lebih berkesan.

 Meningkatkan kualiti sekolah.
  • Meningkatkan kemudahan ICT disekolah
  • Kemudahan Internet dan jalur lebar

Memantapkan standard kurikulum dan pentaksiran.
Membina kurikulum yang memnuhi piawaian antarabangsa
  • Memberi penekanan kepada aspek kreatif, penyelesaian masalah dan inovasi.

Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa.
  • Meningkatkan penguasaan bahasa ketiga

Penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan sosial sebagai rakan kongsi.
  • Hubungan yang lebih baik dan peglibatan diluar lingkup sekolah

Meningkatkan kesediaan murid untuk pendidikan tinggi dan pasaran kerja.
  • Kepelbagaian aspek terus diterapkan untuk memberikan pelajar lebih bersedia dengan alam pekerjaan
  • Kemahiran seperti kepimpinan, kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran aturan tinggi dan kebolehan komunikasi berkesan.

Memperbaik kecekapan dan keberkesanan sumber.
  • Mengurus sumber  dengan lebih berkesan untuk menjamin keberkesanan dalam pendidikan negara

Membina kemampuan dan keupayaan sistem penyampaian.
  • Kualiti dan susun urus tadbir kementerian ditingkatkan
  • Kecekapan pegawai disetiap peringkat pengurusan dipertingkatkan.


Sumber :Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP ) 2013-2025

Sunday, September 16, 2012

SUDUT PAMERAN KEMERDEKAAN

Tertarik dengan sudut Pameran Kemerdekaan yang dibuat oleh Kakitangan Hospital Selayang yang boleh dijadikan rujukan  dan idea kepada sekolah untuk membuatnya.




Friday, August 24, 2012

INTI INTERNATIONAL UNIVERSITY

Giliran anak ketiga pula mendaftar di INTI Nilai...Bagi mereka yang tiada kelulusan SPM ataupun mereka yang mendapat pendidikan sekolah rendah dan menengah dari luar negara dan nak menyambung ke peringkat Ijazah serta menjimatkan kos pendidikan  inilah antara tempat yang sesuai yang mana menawarkanr American University Program 2 tahun pengajian di Malaysia dan 2 tahun lagi di USA.
Anakanda yang belajar di INTI
Bangunan Utama Kampus Inti Nilai

Ruang legar di kampus INTI Nilai

Sewaktu pendaftaran di bawah AUP
Semua pendaftaran dilakukan di dalam dewan
Kemudahan asrama yang disediakan sebelah kampus INTI Nilai

Thursday, August 16, 2012

MURAL LAGI

Sekolah baru ku ini banyak memenangi anugerah berkaitan dengan keceriaan khasnya berkenaan mural.








Akan ku upload lagi mural agar menjadi pedoman bagi mereka yang terlibat dalam mencari idea.