Hari kedua kami di sini kami dibawa melawat ke Bukit Pemanah dan Makam syuhadah yang terkorban dalam peperangan Uhud.AlFatihah buat pejuang shahid islam.
Bukit Uhud adalah bukit terbesar dan terpanjang yg terletak di Madinah,iaitu kira-kira 5km dari pusat bandar.Di sinilah berlakunya peperangan uhud di antara tentera Islam dan tentera Musyrikin dari Makkah.Baginda pernah bersabda tentang keistimewaan bukit uhud ini yg bermaksud "bukit ini (uhud) mencintai kami dan kami mencintainya"-sahih bukhari.
Sementara itu satu bukit yang rendah, yang dinamakan bukit pemanah. Di bukit inilah tentera Islam berkubu mengadap bukit Uhud. Jarak antara dua bukit ini iaitu Bukit Uhud dan Bukit Pemanah agak jauh dan tentera Islam dapat mengalahkan tentera Musyrikin pada mulanya. Kita juga akan berasa sayu apabila menziarah maqam para syuhada’ perang Uhud. Kubur di sini tiada batu nisan. Tanahnya rata sahaja. Kalau adapun pada sesuatu kubur hanya diletakkan batu-batu bukit sebagai nisan.
No comments:
Post a Comment