Thursday, July 26, 2012

SMK Seri Bandi,Kemaman,Terengganu

Testing!Testing!Baru sahaja balik dari Mesyuarat Pengurusan yang mana telah dipertanggungjawabkan untuk membuat Montaj.....
Sebenarnya kerja Montaj telah tertangguh kerana pertukaran Guru Kanan Votek sebelum ini telah bertukar denganku so tugas yang belum terlaksana terpaksalah aku pula membereskan...
So dengan menggunakan applikasi Tripadvisor ni mudah juga nak membuatnya...



Pengisian bahan info je yang belum dimasukkan.......Masih terus belajar...Semoga terus dipermudahkan untuk melakukannya ......Insyaallah

Smk Seri Bandi,Kemaman,Terengganu Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Smk Seri Bandi,Kemaman,Terengganu Slideshow Slideshow ★ to Kuala Terengganu. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

Panggilan Haji

Panggilan Haji 2010 Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Panggilan Haji 2010 Slideshow Slideshow ★ to . Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

LONDON

London Here we Are Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ London Here we Are Slideshow Slideshow ★ to Petaling Jaya, Stratford-upon-Avon and London. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

TRAVEL

Makan Angin Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Makan Angin Slideshow Slideshow ★ to London, Cairo and Bandung. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

Oxford University Slideshow Slideshow

Oxford University Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Oxford University Slideshow Slideshow ★ to London. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

Tuesday, July 24, 2012

CUP CAKES



1 cawn butter
1 – 1 1/3 cawan gula
6 biji telur
3 cawan tepung
1 sd baking powder
1 susu kecil garam
1 cawan susu segar
1 sudu teh  essen vanilla
Cara penyediaannya
Panaskan oven 170 c dan sediakan paper cup.
Pukul gula dgn butter hingga kembang
Masukkan telur satu per satu.
Masukkan tepung yang di ayak dengan serbuk penaik dan garam.
Masukkan adunan ke dalan cup cake dan bakar  selama 18 – 20 minit.
Utk frosting
1 ½ cawan butter
¾ cawan susu segar/cair
½ sudu kecil garam
1 sudu vanilla
3 lb. gula icing ( 2.2 lb = 1 kg)
Caranya
Pukul semua bahan bermula dari kelajuan perlahan.
Hiaskan icing sugar mengikut kreativiti anda.

SUP EKOR



Bahan-bahan:

  • 125 ml / 1/2 cwn minyak sayuran
  • 500g ekor lembu  
  • 2 sb ketumbar tumbuk
  •  1 sb jIntan putih
  •  1 sb jintan manis
  •  1 1/2 sb puri tomato
  •  6 cwn air  
  •  1 btg karot - didadu
  •  2 btg saderi - didadu 
  •  1 biji kentang - didadu 
  •  garam, lada hitam yg baru dikisar
  •  daun ketumbar - dihiris2
  •  bawang goreng 
Rempah Tumis:
  •  4 bj buah pelaga
  •  1 cm kulit kayu manis
  •  6 kuntum bunga cengkih 
  • 2 kuntum bunga lawang 
Dikisar Halus2:
  •  10 ulas bawang merah 
  • 4 ulas bawang putih
  •  2 btg serai, dihiris2
  •  1 cm halia 
Cara:

1. Panaskan minyak, tumis ekor lembu hingga perang sedikit. Angkat & tuskan .
2. Dlm minyak yg sama, masukkan rempah tumis & bahan kisar dan goreng hingga naik bau.
3. Tambah ketumbar, jintan putih dan jintan manis. kacau di atas api kecil selama 3-4 min hingga wangi. Campur tomato puri.
4. Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan.
5. Tambah karot, ubi kentang dan saderi. Renihkan hingga ekor lembu empuk. Perasakan dgn garam & lada hitam.
6. Hias dgn daun ketumbar & bawang goreng sejurus sebelum menghidang.


SIAP UNTUK DIMAKAN

MEE REBUS TULANG JOHOR




Bahan Rencah Kuah
3 biji ubi keledek saiz sederhana - di rebus dan dikisar bersama air rebusan keledek tadi.

10 biji bawang kecil - dikisar
2 biji bawang besar - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
1 inc halia - dikisar
1 inc kunyit hidup - dikisar
30 tangkai cili kering - di kisar boleh kurangkan
3 sudu besar rempah kari daging
3 sudu besar udang kering - di rendam lembut dan dikisar
garam dan gula secukup rasa
1 cawan air asam jawa 
1 kiub daging 
1 buku gula melaka 
1 cawan santan 
Cara-cara
1.Tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, dan cili kering hingga garing dan naik bau.
2.Masukkan rempah kari dan udang kering  dan tumis lagi hingga jadi rencah.
3.Masukkan keledek dan biarkan ia merenih.
4.Masukkan gula melaka, kiub daging, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
5.Kacau sebati dan biar kuah benar-benar masak.
6.Kemudian barulah masukkan air rebusan sup tulang tadi dan airmya sahaja. 
7.Akhirsekali masukkan tulang dan santan.
Biar kuah masak sempurna dan sedikit pekat.

Mee kuning
Tauhu goreng
Taugeh
Telur rebus
Daun sup dan daun bawang yg telah dihiris halus
Cili hijau dihiris
Taburan bawang goreng
Limau kasturi



SELAMAT MENCUBA

CARROT CAKE

Bahan-bahan :

2 cawan tepung superfine*
2 camca teh baking powder*
1 1/2 camca teh soda bicarbonate*
1 camca teh garam halus*
2 1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
4 biji telur gred "A"
1 1/2 cawan minyak jagung
1 cawan gula halus
2 1/2 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1 cawan kacang walnut, cincang

Bahan Cream Cheese Frosting:
100 g mentega 
125 g cream cheese
1 camca teh jus lemon
2 camca besar gula aising

Cara membuat :

  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga sebati selama 5 minit.
  3. Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  4. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi.
  5. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra.
  6. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  7. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi.
Simpan kek dalam peti sejuk


Untuk Cream Cheese Frosting :

Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan jus lemon, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka.

KUIH BAKAR KEMBOJA




Bahan- Bahan
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan jus pandan 
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan santan 
  • 2 sudu besar mentega
  • 3 biji telor
  • 1/2 sudu teh garam
  • pewarna hijau
  • bijan
Cara-Cara:-
  1. Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
  2. Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
  3. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
  4. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C sampai kuning/garing .

Friday, July 20, 2012

DHAHRAN HIGH SCHOOL CLASS 2012

Sedih tak dapat menemani anak meraikan hari graduation day.Namun dengan tatapan ini hilang jua kerinduan dan keresahan ketidakhadiran ke majlis tersebut.
Syabas Imran Akhim Zulkifly
                                                  Dua orang melayu wakil Malaysia...
Tahniah juga buat kak Nas....
   
Hanya ayah yang dapat menemankan anaknya ....Insyaallah bila peringkat yang lebih tinggi ibu pulak akan menemani.....Selamat Berjaya dalam mengharungi kehidupan akan datang dan mendapat kejayaan dunia dan akhirat

SMK BADRUL ALAM SHAH

Sedang cinta mula bersemi
Sedang kasih mulai mekar
Sedang sayang mula dipupuk
Cinta pada bisikan bayu kemasik
Kasih pada SMKBadrul Alam Shah
Sayang pada warganya yang baru dikenali
Namun apakan daya
demi sahutan kerjaya
Kulepasi jua kenangan indah bersama
Untuk menikmati lebih mencabar
corak kehidupan yang telah ditentukannya....
Sayonara SMK Badrul Alam Shah

  Walaupun cuma 3 bulan 15 hari bertugas di sekolah SMKBadrul Alam Shah namun kurasakan telah bertahun kemesraan yang terjalin....
Terima Kasih ku ucapkan kepada warga SMK BAS
Hanya tinggal kenangan terindah
 Siapa sangka rakan yang sama-sama seperjuangan di sekolah lama SMKSultan Ismail II sewaktu sekolah tersebut gred B dan bertukar menjadi gred A kami sama-sama dilantik menjadi Guru Kanan sekolah tersebut tetapi kini ditemukan dalam satu sekolah di mana beliau kini telahpun menjawat jawatan Pengetua ...
Sesungguhnya selepas pulang dari Saudi dan memegang semula jawatan perguruan ini memberi penuh makna dalam mencorakkan kehidupan yang ada.