Saturday, April 19, 2014

HARI 2 :GIBRALTAR (8/4/2014)

Kami menginap di Holiday Inn Express Campo de Gibraltar-Barrios.....Jom kita lihat sejarah gibraltar

Gibraltar is a British Overseas Territory located on the southern end of the Iberian Peninsula (Sepanyol) at the entrance of the Mediterranean. It has an area of 2.3 square miles (6.0 km2) and a northern border with the Province of Cádiz in AndalusiaSpain. The Rock of Gibraltar is the only landmark of the region.Sumber Wikipedia



Namanya berasal dari nama Arab "Jebel Tariq" yang bererti gunung Tariq. Dia merujuk kepada JeneralTariq bin Ziyad yang menaklukkan Sepanyol pada tahun 711
Di sebelah utara adalah Sepanyol dan Gibraltar, manakala pada bahagian selatan pula adalah Maghribidan Ceuta (sebuah eksklave Sepanyol di Afrika Utara). Terdapat beberapa pulau kecil di dalam selat ini, seperti Pulau Perejil, yang dituntut oleh Sepanyol dan Magribi.

Selat Gibraltar memiliki lokasi yang sangat strategik. Kapal-kapal yang belayar dari Atlantik ke Mediterranean yang melalui selat ini dapat dilihat dari Karang Gibraltar.(Rock of Gibraltar) Pelayaran daripada Eropah ke Afrika juga akan melalui selat ini. Semasa Perang Dunia II, Britan telah mengawal selat ini dari pangkalan yang berdekatan. Kapal selamJerman yang memasuki Laut Mediterranean akan dapat dijejak kerana sesebuah kapal selam ini tidak dapat mengapung dan arus bawah lautnya terlalu kuat untuk menyelam.
Maka dengan menaiki van, kami dapat menyeberangi jambatan yang menghubungkan sepanyol dan gibraltar dan jika menaiki bas terpaksa turun untuk menyeberangi jambatan kerana ianya melibatkan imegresen dua negara iaitu spain dan british.Kami bernasib baik kerana tidak berlaku kesesakan di pintu masuk gibraltar.



Kami dibawa ke station kereta kabel untuk membawa ke The Rock of Gibraltar.Kebetulan kami nak menaiki kereta kabel kami dihampiri oleh agen perlancongan tempatan yang menawarkan perkhidmatan menaiki bukit tersebut dengan vannya tanpa melalui kereta kabel kerana jika menaiki kereta kabel memerlukan tenaga kaki untuk meronda kawasan yang luas di atas bukit.Setelah berbincang dengan kumpulan kami bersetuju menaiki van mereka.Sebelum tu sempatlah bergambar dikawasan station kereta kabel tersebut.

Kami dibawa naik bukit yang jalannya memang memerlukan orang tempatan yang membawanya.

                                   kelihatan benua afrika dari puncak ini.....magribi




Puncak yang dapat mengawal dua lautan



perjalanan diteruskan untuk menikmati gua St Michael yang mempunyai panorama yang menawan

Seterusnya kami dibawa ke terowong yang dibina oleh Inggeris untuk mengawal selat gibraltar 
setelah selesai membawa kami mengelilingi Rock of gibraltar mereka menghantar kami ke  White Mosque untuk bersolat qasar dan jamak zohor dan asar
White mosque merupakan masjid yang terbesar di sini yang telah disumbangkan oleh Raja Saudi

Setelah itu kami dibawa pula untuk meronda di kawasan bandar Gibraltar dan mencari tempat makan.Ada restoran Medina yang menghidangkan nasi beriyani dan sudah tentunya halal


Sesungguhnya pahlawan islam telah dapat menguasai kawasan ini pada suatu ketika dahulu Tariq bin Ziad

No comments:

Post a Comment