Thursday, December 16, 2010

MADINAH AL MUNAWARRAH

Seminggu selepas selamat mengerjakan haji ,tiba pula giliran ku untuk menemani anak dan ayahku untuk ziarah  Madinah dan seterusnya mengerjakan Umrah di Mekah Al Mukaramah.Semalam di Madinah dan 3 hari di Mekah.
Buat anakku ini pertama kali dia memijak tanak suci Madinah sedang ayahku setelah lebih 20 tahun tidak memijakkan kakinya di sini.
Dengan penerbangan selama 1 jam 45 minit dari Damman Airport akhirnya kami sampai di madinah Airport yang kemudiannya dijemput oleh wakil Madinah Hotel.
Sejak dari awal lagi dah nekad di hati kali ini akan ku cuba masuk ke Raudah setelah tahun lalu aku hadir di Madinah bersama suami dan anak yang lain tidak dapat masuk ke Raudah kerana masa yang lama menunggu untuk masuk ke situ.Apa jua pun halangan kali ini aku mesti masuk ke Raudah.

Seperti biasa setiap kali masuk ke Masjid Nabawi pasti pemeriksaan akan dilakukan agar kamera tidak dibawa masuk ke masjid..Kali ni dapat juga aku merakamkan satu gambar dalam masjid secara sembunyi.Disebabkan kehadiran kami seminggu selepas musim haji maka masih ramai jemaah haji masih berada di madinah.
 Bila masuk waktu sembahyang saf penuh sehingga luar masjid. Seperti biasa selepas waktu isyak diberi peluang kepada perempuan untuk masuk ke Raudah.Untuk masuk Raudah,pembahagian mengikut negara dan diutamakan dulu orang dari Arab.3 negara digabungkan iaitu Malaysia.Indonesia dan Singapura dan setelah kami menunggu selama 2 jam setengah barulah dapat hadir di depan Raudah.Sayu dan sahydu bila melihat pusara Rasululah swa (Al fatihah) dan kemudian kawasan Raudah.Aku bersyukur dapat diberi  kesempatan untuk membuat sujud syukur dalam kepadatan orang ramai.Semoga doa2 ku termakbul hendaknya.
Kawasan Raudah tidaklah besar dan yang menunjukkan kawasannya ialah kapet hijau dibanding karpet kelilingnya merah.


Semoga masa akan datang aku dipanggil lagi ke sini .

Hari kedua sampai masanya kami bergerak ke Mekah untuk menunaikan umrah.Dengan keadaan berihram setelah niat di Miqat Bir Ali kami bergerak ke Mekah.Perjalanan memakan masa 3 setengah jam dan pada waktu maghrib akhirnya kami sampai ke Mekah dan seterusnya menyempurnakan Umrah kami.

Di Mekah juga masih ramai jemaah haji yang belum pulang ke negara asal.Sewaktu membuat tawaf umrah sama keadaannya seperti mambuat tawaf haji kerana ramai orang. 
Sesungguhnya Kaabah adalah tempat yang paling tenang sekali.Semoga aku akan terus dipanggil untuk sentiasa dapat hadir di sini.Insyaalah

No comments:

Post a Comment