Haji yang kami jalani adalah Haji Tamattuk yang lebih dikenali sebagai haji bersenang-senang juga telah dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW.Kami bertolak dari Dammam Airport pada 7 Zulhijjah dengan penerbangan jam 5 pagi dan dengan menaiki penerbangan SAUDI AIRLINE yang disewa khas oleh AL HAMRA.Dengan penerbangan selama satu setengah jam akhirnya kami mendarat di Jeddah Airport dimana sebelum itu kami telah berniat umrah di miqat dalam kapalterbang.
Dengan deretan bas yang sedia menanti akhirnya kami menaiki bas untuk menuju Mekah bagi menjalani kerja umrah dan kami tiba jam 11 pagi hampir kepada waktu dzuhur.Setelah dzuhur selesai kami terus melaksanakan tawaf qudum ,solat sunnat tawaf dan minum air zam zam.Setelah itu terus mengerjakan Saei yang bermula dari bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah serta bertahalul.
Kami diberikan 5 jam untuk mengerjakan umrah dan setelah itu kami dibawa pula ke Mina yang merupakan tempat penginapan kami sepanjang musim haji ini.Kami beruntung kerana tempat kami hampir dengan jamrat kira-kira 600 meter
8 Zulhijjah (Hari tarwiah)
Pada waktu dhuha semua jemaah haji pada hari ini akan berihram dari tempat masing-masing dan kami di Mina.Dengan memperbanyakkan bacaan Talbiyah,zikir,membaca AlQuran dan berdoa pada hari ini sehingga pada jam 11 malam barulah kami diminta berkemas untuk bertolak ke Arafah.
9 Zulhijjah (Hari Arafah)
Kami sempat berjemaah subuh di arafah dan disini kami ditempat didalam khemah besar dan disedia sleeping bag untuk berehat dan diperdengarkan khutbah hari arafah kemudian setelah matahari tergelincir bersama-sama solat dzuhur dan Asar dengan qasar dan jamak taqdim dua rakaat dengan satu azan dan dua iqamat.
Khemah di Arafah terdapat 4 batang pokok di dalamnya dan terpaksalah berhati
-hati agar jangan terpatah dan terpetik kerana kami dalam ihram.Makan tengahari disediakan bukan main lagi beriani kambing.....
Di Arafah ini aktiviti iaitu bersungguh-sungguh dalam berzikir,munajat,berdoa dengan penuh ketundukan hina diri kepada allah,berdoa dengan hati yang khusyuk,memperbanyakkan selawat dan salam untuk Rasululah SAW serta memperbanyakkan tabiyah,mengangkat tangan dan menghadap kiblat sehingga terbenamnya matahari.
Setelah matahari terbenam kami pun berkemas-kemas untuk bertolak ke Muzdhaifah.
Ketika sampai ke Muzdhalifah,pihak Al Hamra telah menyediakan tempat kami untuk bermabit dengan membuat khemah sementara yang terbuka antara himpitan dua bas dan kami bersolat maghrib dan isya' jamak Qasar,mencari batu untuk melontar dan kemudiannya tidur sampai fajar.Nabi Muhammad SAW juga menjadikan Muzdhaifah untuk berehat bagi mengembalikan tenaga untuk melontar pada keesokkan harinya.
Sebelum fajar kami bertolak semula ke Mina.
10 Zulhijjah(Hari penyembelihan dan aidul Adha)
Kami disediakan batu untuk melontar dan setelah memilih batu-batu kecil kami pun pergi melontar di jamrah Aqabah dengan 7 biji batu kecil secara berurutan satu persatu sambil bertakbir pata setiap balingan.Setelah itu bertahalul awal maka boleh menanggalkan ihram dan boleh berwangi-wangian.Haji Tamattuk memerlukan penyembelihan hadyi dan wajib kpd haji qiran dan haji tammatuk.Pada malam 10 zuhijjah ini hujan turun sekejap membasahi bumi Mina ini.Mabit di mina tak menjadi masalah kepada kami kerana tempat penginapan kami memang di Mina.
11 Zulhijjah(Hari Tasyriq 1)
Pada jam 2.30 pagi kami membuat keputusan untuk ke Mekah bagi melaksanakan tawaf qudum(haji).Pada masa ini di Mina agak ramai orang kerana semua jamaah haji bermabit di sini dan masalah kami bus tak dapat menghantar kami ke Mekah kerana jalan banyak tutup dan hanya boleh menghantar pada jam 11 pagi.Dengan berjalan kaki ke Azaziah pekan terdekat dengan Mina mengambil teksi untuk ke Mekah.Sepanjang ku berjalan kaki berbagai pemandangan yang dapat ku lihat bagaimana umat Muhammad SAW bersungguh-sungguh menjalani ibadat haji ini.
Syukur Alhamdulillah kami dapat juga menyempurnakan tawaf qudhum dan bersolat subuh berjamaah.seterusnya kami mengerjakan ibadah Saei.
Setelah itu kami sempat juga berkunjung ke D'Saji untuk minum pagi masakan Malaysia dan meninjau kedai2 yang berhampiran dengannya.Seteah zhuhur kami bertolak pulang ke Mina dengan menaiki bas sapu.Disebabkan kesesakkan jalanraya dan kesesakan manusia kami terus membuat keputusan untuk melontar di ketiga-tiga jamrah melalui terowong untuk ketingkat 2 jamrah.
Dengan langkah yang perlahan terasa jauh jamrah kerana lautan manusia yang terlalu padat.Ketika melontar disunnahkan menjadikan Mekah disebelah kiri dan Mina disebelah kanan.
Akhirnya dapat juga disempurnakan melontar di jamrah sughra(kecil) ,selesai melontar disunnat pergi ke kanan jamrah menghadap kiblat kemudian berdoa.Demikian juga setelah selesai melontar di jamrah wushta(tengah) berjalan disebelah ke kiri jamrah menghadap ke kiblat dan kemudian berdoa dan akhir sekali jamrah Aqabah(Besar) tidak digalakkan berdoa.Perlu bermabit di Mina
Pada waktu maghrib sekali lagi kami dikejutkan dengan dentuman petir kilat sabung menyabung dan yang paling menakjubkan ialah turunnya hujan ais.Semua jamaah di tempat kami berdoa dan membaca Al Quran dan terasa dunia hampir dipenghujungnya.
12 Zulhijjah(Hari Tasyriq 2)
Ketika di mina kita diperlukan memenuhi masa dengan sesuatu yang bermanafaat (kebaikan)dan berzikir kepada Allah.Setelah masuk dhuhur melontar di ketiga2 jamrah.Bagi mereka yang membuat nafar Awal akan berkemas untuk pulang tetapi kami akan terus tinggal di mina hingga hari ke 13 Zulhijjah.
13 Zuljijjah(Hari Tasyriq ke 3)
Setelah masuk waktu zhuhur kami pergi meluntar di tiga jamrah dan kemudian bertolak ke Mekah untuk membuat tawaf wida' dan di sini sekali lagi kesesakan lalulintas berlaku dan kami terpaksa berjalan kaki masuk terowong untuk menuju mekah.Akhirnya tawaf wida' dapat disempurnakan di tingkat paling atas.
Sesungguhnya pengalaman menunaikan haji merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan semuga semua doa yang dipohon sepanjang kerja haji tersebut dimakbulkan dan Semuga Allah menjadikan kerja hajiku sebagai haji yang Mabrur
No comments:
Post a Comment