Saturday, December 24, 2011

NUSANTARA RESTAURANT




Dah lama tak pergi ke Restoran Nusantara di Dammam...rasanya kali terakhir pada sebelum bulan ramadan yang lepas kira-kira 7 bulan yang lalu...Lama juga tak menikmati hidangan makanan indonesia dan kali ini berkesempatan lagi
Muralnya penuh dengan gambar2 yang menarik serta dihiasi dengan air terjun...kreatifkan

Restoran ini adalah milik orang Indonesia yang telah berkahwin dengan orang Saudi.....

Antara menu yang disediakan...emm yummy....
Sop Buah tu....rasanya macam ABC yang penuh dengan buah2an seperti nangka,tembikai susu dan lain-lain

 Bakso



Sampai tak kecukupan ya....
Seronok jugak sesekali mengubah selerakan.... indonesian  style

Sunday, December 18, 2011

PAI TIE

Kali ini nak post satu resepi Kueh tradisional lama yang hampir pupus tapi kini mula dikomesialkan kalau tak silap oleh Restaurant Ayamas.Tak tahulah sekarang masih ada ke tidak lagi dikekalkan dalam menu mereka....
Secara peribadinya dulu teringat kat makcik Mokta semasa muda sering buat kueh ni dan kami menunggu hidangannya
 Pai Tee
Kulitnya
1/2 cawan tepung beras
125 ml air
2 sudu besar telur
1/2 sudu teh kapur makan
1/2 sudubesar garam
Caranya
Bancuhkan semua bahan tadi dalam satu bekas dan bersedia dengan acuannya
Panaskan dulu minyak dengan api yang sederhana dan goyang2 supaya adunan tanggal dari acuan.

 Acuan berbentuk seperti sarang bakul berketak atau kelongsong inilah yang akan diisikan dengan sayur-sayuran.....Goyang sikit ke kanan dan ke kiri agar mudah terkeluar dari acuannya.













Masa untuk intinya pula macam masak inti popia ....banyak terdapat di internet saya pun rujuk internet dan ini antaranya
I biji bawang besar
5 ulas bawang putih
30 gm udang kering
1/2 sudu garam
 sayuran dipotong panjang seprti kobis,lobak,sengkuang,timun
Caranya
Tumis dengan minyak sedikit bawang besar dan putih dan masukkan udang kering dan akhir sekali sayur2an..

Friday, December 9, 2011

DESIGNER OUTLET UK

Kali ni nak beri tips kepada mereka yang nak melancong sambil menyopping dengan menikmati harga yang berpatutan so boleh guna selebihnya wang untuk perbelanjaan lain seperti makan ataupun masuk ke tempat yang memerlukan bayaran yang agak tinggi.....Ini dari pengalaman sendiri
PENTING kunjungilah tempat yang popular untuk shopping murah iaitu DESIGNER OUTLET yang banyak terdapat seumpamanya di negara2 barat....Kali ini saya di UK dua tempat yang popular yang dua tiga kali pegi pun nak datang lagi
Bicester Village merupakan satu ruang perniagaan yang menyediakan deretan kedai2 berjenama popular di satu kawasan yang luar dari kota London.Perkhidmatan pengangkutan ada disediakan dari London ke sini....


Kemudahan tempat berihat dan makan juga disediakan dan jangan tak tahu di sini juga ada ruang solat kerana ramai pengunjung orang Arab maka permintaan terhadap tempat solat ditunaikan.

Selain daripada Bicester Village kami juga berkesempatan singgah di Midlands Designer Outlet terletak di kawasan ke utara London berhampiran dengan tempat kami menginap.Apa lagi tak cukup sekali pergi ....berulang-ulangkali pergi...

Ruang  permainan kanak2 juga disediakan...
Apalagi tepuk dada tanya selera adakah perlu bershopping ditempat yang berprestij sedangkan barang yang sama terdapat juga ditempat sebegini.....

Thursday, December 8, 2011

MADAME TUSSAUDs

bIAR SeKali SeUmur Hidup maSuk at least taHu siTuaSi di Dalamnya Yang MembeRi satu PengAlaMan iNdah daLam meMoRi hidup.
BayaRan dikenaKan hampIr 90 pound rate untuk family dan naMpak Gaya sEKali nI je .....
Antara cara yang digunakan untuk membuat boneka lilin model pilihan.......Jangan tak tahu berbaris panjang dari luar pintu masuk turun tangga naik tangga baru jumpa kaunter bayaran kemudian barulah masuk ke ruangan mengikut kriteria2 tertentu
Dimulai dengan ruangan artis hollywood terkenal........
Ramainya pengunjung sehingga nak bezakan orang ngan patung pun jadi confius.....
ruangan untuk artis bollywood juga disediakan.........
Ruangan untuk ahli sukan juga disediakan.....
Ahli politik dunia juga tidak ketinggalan...
Banyak lagi diantaranya kalangan diraja Britain juga dipamerkan
Ada juga dibuat simulasi perjalanan zaman victorian khasnya menceritakan cara kekejaman dan penderaan yang dilakukan ke atas pesalah2 yang dihukum gantung dan sebagainya....
Tragedi yang tak dapat dilupakan bila satu beg arsenal yang penuh dengan tshirt dan jersi arsenal tertinggal hanya kerana asyik sibuk nak berposing ngan artis pujaan masing-masing nasib baik rezeki masih ada beg tersebut tidak diambil oleh sesiapa pun walaupun pada ketika itu pengunjung di sana amatlah ramai dan terjumpa dicelahan kaki justin bieber.....

OXFORD UNIVERSITY

Cerita lawatan ke UK tak habis lagi terganggu kerana selang seminggu pulang ke Malaysia dan kini dapat semula update post mengenai lawatan tersebut.Bak kata pepatah tak dapat memeluk gunung dapat mendakinya pun dah ok ya....ha..ha...rosak peribahasa...
 Salah sebuah Universiti yang tertua di dunia yang banyak melahirkan para cendiakawan.....
Oxford menjadi tumpuan pelancong dan pelbagai aktiviti dijalankan selain dari terkenal sebagai pusat  pendidikan universiti juga terkenal dengan seni bina bangunan unik yang berseni berestitika tinggi

In front of the Oxford University Library
Bangga juga bila ada salah seorang pensyarah Universiti Oxford adalah anak jati Malaysia yang boleh menguasai ilmu penterjemahan beberapa bahasa lama dunia....
MALAYSIA BOLEH