Friday, December 9, 2011

DESIGNER OUTLET UK

Kali ni nak beri tips kepada mereka yang nak melancong sambil menyopping dengan menikmati harga yang berpatutan so boleh guna selebihnya wang untuk perbelanjaan lain seperti makan ataupun masuk ke tempat yang memerlukan bayaran yang agak tinggi.....Ini dari pengalaman sendiri
PENTING kunjungilah tempat yang popular untuk shopping murah iaitu DESIGNER OUTLET yang banyak terdapat seumpamanya di negara2 barat....Kali ini saya di UK dua tempat yang popular yang dua tiga kali pegi pun nak datang lagi
Bicester Village merupakan satu ruang perniagaan yang menyediakan deretan kedai2 berjenama popular di satu kawasan yang luar dari kota London.Perkhidmatan pengangkutan ada disediakan dari London ke sini....


Kemudahan tempat berihat dan makan juga disediakan dan jangan tak tahu di sini juga ada ruang solat kerana ramai pengunjung orang Arab maka permintaan terhadap tempat solat ditunaikan.

Selain daripada Bicester Village kami juga berkesempatan singgah di Midlands Designer Outlet terletak di kawasan ke utara London berhampiran dengan tempat kami menginap.Apa lagi tak cukup sekali pergi ....berulang-ulangkali pergi...

Ruang  permainan kanak2 juga disediakan...
Apalagi tepuk dada tanya selera adakah perlu bershopping ditempat yang berprestij sedangkan barang yang sama terdapat juga ditempat sebegini.....

No comments:

Post a Comment