Saturday, May 26, 2012

“GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”

“GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”
Tema Hari Guru tahun ini yang diraikan pada 16 Mei setiap tahun dan bertuah baru dua bulan kat sekolah ni aku dipilih antara 10 orang untuk mewakili sekolah hadir ke Stadium Tertutup di Gong Badak yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu.
Stadium Tertutup yang terletak di Komplek Sukan Gong Badak Kuala Terengganu


Bersama Sister in Law meraikan Hari Guru

                                 Guru adalah pemangkin pembangunan negara, pembentuk generasi dan menjadi asas kemajuan pendidikan negara di samping memacu kejayaan rakyat. Guru yang melengkapi diri dengan kualiti dan Standard Guru Malaysia diakui mampu menjamin keberhasilan negara, antaranya guru yang inovatif dan kreatif teras kejayaan wawasan, guru berkesan pendidikan cemerlang, guru berkualiti pemangkin kegemilangan dan guru cemerlang negara terbilang.
                                  Guru perlu  mempersiap diri membudayakan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti koakademik serta kokurikulum di dalam dan di luar bilik darjah.
                                  Guru perlu peka dan bersedia memperlengkapi diri menjadi guru yang inovatif seperti
1. Guru yang inovatif berupaya menjana idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkat amalan berkesan dalam menyampaikan ilmu kepada generasi anak didik. 
2.Guru yang inovatif juga berkemampuan mencipta kelainan atau modifikasi menggunakan unsur dan sumber sedia ada serta menjelmakannya sebagai elemen sintesis yang memudah dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. 
3.Guru yang inovatif juga mempunyai tahap ketekunan yana tinggi, belajar daripada kesilapan, menyusun dan mengurus idea secara perekodan sistematik serta sentiasa cenderung mendapatkan pengetahuan baharu. 
           Natijah yang akan dihasilkan ialah modal insan yang berpengetahuan dan bermaklumat serta berinovatif dalam mempermajukan teknologi, berkebolehan mencerna dan mengadaptasikan teknologi dan seterusnya berupaya mengembangkan idea-idea.
                   Sistem pendidikan negara dimanifestasi melalui transformasi yang berbentuk dinamik dan progresif yang akan direalisasikan oleh para guru yang inovatif, proaktif, berdedikasi, dan berdaya saing. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan program bina upaya untuk meningkatkan amalan profesionalisme keguruan bagi menyokong usaha melaksana transformasi pendidikan secara keseluruhan. Objektif Pelan Pembangunan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan secara khususnya bermatlamat melahirkan para pendidik yang berwatak profesional, berkompeten dan berkesanggupan memikul amanah yang lebih besar.
Pelbagai ganjaran disediakan dan inisiatif direncana oleh pihak kerajaan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan guru terjamin. Keprihatinan kerajaan ini disalurkan menerusi pelbagai usaha, misalnya melalui pemberian dan penganugerahan kepada warga guru seperti dalam aspek perjawatan dan perkhidmatan. Anugerah dan beberapa penambahbaikan dalam skim perkhidmatan guru menggambarkan keprihatinan kerajaan kita. Sesungguhnya perkara ini diharapkan menjadi sebagai satu inspirasi dan dorongan kepada guru untuk terus memberikan perkhidmatan yang effisyen dan cemerlang dalam dunia pendidikan yang berkembang pesat di samping melengkapkan diri bagi menghadapi cabaran global.
                      Pihak kerajaan dan kementerian juga amat prihatin dengan beban tugas guru yang semakin bertambah dan rencam. Sehubungan itu, bermula pada tahun 2012, Jawatankuasa Kerja Pelaksana Menangani Isu Beban Tugas Guru (JKPMIBTG) telah memberikan tumpuan kepada lima fokus utama bagi menangani isu beban tugas guru iaitu menambah baik pelan operasi latihan tahunan untuk mengelakkan pertindihan kursus; menambahkan staf sokongan untuk tugas perkeranian; mengurangkan bilangan jawatankuasa di peringkat sekolah; mengurangkan bilangan ujian/peperiksaan dan meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan sekolah dan pengajaran dan pembelajaran.                          
                      Keprihatinan berterusan oleh kerajaan ini merupakan suntikan semangat agar warga pendidik terus gigih, inovatif, berdedikasi dan berintegriti dalam menggalas tanggungjawab melahirkan generasi masa depan yang berjati diri, berdaya saing, bertanggungjawab, berpegang teguh kepada ajaran agama serta mengamalkan nilai sejagat.
                       Harapan agar guru  terus melaksanakan amanah yang diberi penuh dedikasi, bertunjangkan integriti dan berlandaskan etika perkhidmatan. Selaku pencetus, penggerak dan pemegang amanah kepada proses transformasi sistem pendidikan negara, warga pendidik mempunyai kedudukan tersendiri, disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Marilah kita teruskan amalan budaya kerja cemerlang, sikap kebertanggungjawaban, istiqamah dan semangat mujahadah setiap daripada kita untuk melakukan yang terbaik demi nusa dan bangsa. 


Perutusan dari KPPM perlu diperhalusi oleh semua guru agar hasrat murni yang dinyatakan diatas akan tercapai.
                                   SELAMAT HARI GURU

BESTARI JAYA

Bila anak menerima tawaran ke UNISEL cawangan Bestari Jaya  tertanya juga kat mana pulak Bestari Jaya ni tak pernah pulak dengar...tempat baru ke?Bila tenguk kat pelan yang diberi baru terlihat rupanya nama lama tempat ni ialah Batang Berjuntai.Kalau Batang Berjuntai selalulah dan familiar tempat tu kerna kalau waktu sekolah dahulu memang bas Batang Berjuntai memang selalu melintasi depan sekolah dan kalau konduktor bus menyebut nama tempat tersebut orang di perhentian bus mesti ketawa atau kalau tidak pun akan senyum sinis....


Sempoi sangat pintu gerbang UNISEL ni rasanya kalau kepunyaan kerajaan Persekutuan dah lama tersergam gah seindah namanya....sayangnya hasrat asal pengasasnya terbantut disebabkan pertukaran kerajaan negeri kot he,,he,,
Ni yang terdapat di muka depan ,,,,UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR...Datuk MB kena tenguk Universiti lain yang dikendalikan oleh Kerajaan negeri-negeri yang lain ataupun setidaknya IPTS yang lain rasanya pintu depan saja dah mengambarkan apa yang ada di dalamnya....
Tabik kat pengurusan Unisel bersistematik,teratur,pantas dan effisen...Tahniah
Kanopi untuk keluarga menunggu sementara anak pergi mendaftar
tasik buatan yang dipagari oleh bangunan utama universiti
Bangunan Asrama yang disediakan

Semoga anakanda dapat menyempurnakan kursus yang diambil dengan jayanya.Ameen

Friday, May 25, 2012

USAHAWAN IKS

Tahniah Kak Yah!Ucapan ini sahaja yang dapatku ungkapkan dari jauh kerna waktu diri mu menyambut hari bahagiamu buat kali kedua aku telah terbang jauh buat seketika menemui keluarga tersayang.Namun pertemuan dua minggu sebelum hari ini kita telah bertemu setelah setahun tidaj ketemu dan tahu-tahu kamu telah membawa berita gembira ini.Sempat aku mengambil gambar mu dan juga mempromosi bisnessmu.....
Aku masih teringat sewaktu tragedi tsunami di Acheh itulah juga merupakan tragedi hitam buatmu di mana suami tersayangmu telah kembali ke rahmatullah kerna serangan jantung,Tapi dengan kemahiranmu yang ada inilah dapat membesarkan 4 orang anakmu yang kini semuanya berjaya menjejaki ke menara gading dan ada yang menyandang jawatan sebagai pegawai PTD.
Dengan ketabahan dan kecekalanmu dari perniagaan kecil2an yang diadakan dirumah kini telah dapat memiliki sebuah premis untuk menjalankan perniagaanmu.Walaupun sewaktu aku berkunjung dikau masih baru masuk ke premis tersebut dan belum habis mengemas lagi namun tempahan terus jua diperolehi.Kalau dah sedap dan enak pasti pelanggan akan mengikut ke mana jua kita pergi kan....






4 tahun cuba meyakinkan anak-anak dan keluarga adik beradik untuk mengantikan orang yang telah pergi dan berkat kesabaran kamu berdua dan kekuatan jodoh kalian akhirnya hari ini kalian dapat dinikahkan sebagai pasangan suami-isteri.Tahniah diucapkan....

Thursday, May 17, 2012

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN(LADAP)

Teruja dengan pengisian yang diperolehi dalam LADAP yang baru sahaja selesai dan adalah menjadi tanggungjawab untuk mengisi e-splg akan kehadiran dalam Kursus Luar .Di sini disenaraikan kursus-kursus yang sesuai untuk diadakan oleh pihak sekolah untuk memantapkan pengelolaan sumber tenaga mengajar demi melahirkan tenaga kerja yang berkualiti dan seterusnya dapat melahirkan anak didik yang cemerlang gemilang dan terbilang.Sumber diperolehi dari soal selidik e splg yang dirasakan memang membantu pihak jawatankuasa LADAP untuk merangka dan merancang kursus yang sesuai untuk guru-guru.
Dibahagikan kepada beberapa bahagian

a)Pengetahuan Profesionalisme :
-Ilmu pengetahuan dan Pendidikan dalam matapelajaran atau bidang pengkhususan sepert
          i)Program perkongsian ilmu dalam bidang pengkhususan
          ii)Kursus peningkatan dan aplikasi ilmu
          iii)Kursus pembelajaran berasaskan projek
-Pengurusan Kurikulum
         -Penilaian dan pentaksiran khasnya dalam pembinaan item dan analisis item
         -Pengurusan Panitia dari segi Pelan strategik dan Head count
-Kreativiti dan Inovasi Pedogagi
         i)Kursus pedagogi berkesan bagi guru
         ii)Kursus strategik pemulihan dan masalah pembelajaran

b)Kemahiran Profesionalisme
i)Kejurulatihan(Training ofTrainees)
         -Kursus Mentoring dan Coaching
         -Kursus team building
ii)Kejurulatihan dan pertauliahan ko kurikulum
         -Kursus kemahiran asas
                                           a.unit uniform
                                           b.kelab dan persatuan
                                           c.sukan dan permainan
        -Kursus Kejurulatihan
        -Kursus kepengelolaan dan pentadbiran
        -Kursus kepegawaian dan pengadilan
iii)Penulisan ilmiah
       -kursus kaedah penulisan ilmiah  seperti artikel,jurnal dan modul P&P
iv)Kajian dan Penyelidikan Akademik
         i)Kursus analisa data
        ii)kursus jenis2 kajian
        iii)Kursus kajian Tindakan
         iv)Kursus Rekabentuk kajian
v)Kepimpinan
        i)Kursus kepimpinan berkesan
       ii)Kepimpinan pengajaran
      iii)Kepimpinana islam
      iv)kepimpinan futuristik
vi)pengurusan kewangan
       i)kursus asas kewangan
vii)Pengurusan Strategik
       i)Kursus pengurusan strategik

C)Nilai dan Amalan Profesionalisme
         i)Nilai dan etika
                    -Kursus pembangunan sahsiah cemerlang
                    -Kursus pengurusan tingkahlaku dalam kurikulum
                   -Kursus pengurusan tekanan dan pengurusan krisis
                    -kursus pembangunan organisasi dan peningkatan integriti dan budaya kerja cemerlang
                    -kursus protokol dan etikat
         ii)Komunikasi Berkesan
                    -Kursus komunikasi berkesan
                   - Kursus pengucapan Awam
                    -Kursus Kemahiran Perundingan

Dengan penguasaan dalam pengetahuan profesional,kemahiran profesional dan Nilai dan Amalan Profesional dapat melahirkan tenaga kerja yang berwibawa,kreatif dan inovatif, berkualiti dan berdaya saing mampu untuk meningkatkan Mutu pendidikan Negara ke tahap global.
      



       






Monday, May 14, 2012

Perubahan dalam penambahbaikan

Penambahbaikan dilakukan dalam UPSR dan PMR mulai Tahun 1 pada 2011 dan Tingkatan 1 2012 di mana penekanan dalam perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.


Perubahan ini dilakukan adalah kerana
1)Penekanan kepada JERI yang menjadi aspirasi Falsafah Pendidikan Negara tidak tercapai.
2)Pendidikan berorientasikan peperiksaan menyebabkan penglibatan pelajar dalam ko kurikulum sangat kurang
3)Pengiktirafan keterlaluan kepada pencapaian akademik semata-mata memberi tekanan kepada guru,murid dan ibubapa
4)Menilai produk akhir berbanding proses pembelajaran mengakibatkan pengabaian pembentukan modal insan yang seimbang
5)Tekanan ke atas guru-guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan Assesment for learning diabaikan
6)Meningkatkan martabat profesional keguruan di mana guru akan lebih dihormati,peningkatan integriti dan keberkesanan guru.


Terdapat 4 komponen PBS
1)Pentaksiran Pusat
2)Pentaksiran Sekolah
3)Pentaksiran Psikometrik
4)Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kurikulum


Pentaksiran ini dapat dibahagi kepada dua iaitu
1) Akademik 
merangkumi pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah
2)Bukan Akademik 
merangkumi Pentaksiran Psikometrik  yang mengukur kebolehan semulajadi dan kebolehan yang diperolehi.Ini tidak berasaskan kurikulum dan P&P.Sementara Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum(PAJSK)yang mana pentaksiran dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang kapasiti dan potensi jasmani,sukan dan kokurikulum yang dikawal secara harmoni oleh kapasiti dan proses mental seseorang individu murid supaya pertumbuhannya dapat dipantau dan diperbaiki




Peranan Guru dalam Pentaksiran Sekolah
1.memperbaiki pembelajaran murid yang berdasarkan maklumat yang diperolehi
2.memberi maklumbalas
3.mendapatkan maklumat
4.membuat pemerhatian
5.menjadi pemudahcara.


Rujukan dari laman web KPM.Kredit diberikan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia







Sejak kembali bertugas semula sebagai pendidik banyak inovasi dan dasar baru yang perlu diperhalusi.Pendidikan kini mengalami perubahan ke arah kemantapan sistem itu sendiri.

i)NKRA perlu diketahui dan hasrat yang terkandung didalamnya perlu direalisasikan demi anak bangsa.

ii)Penggunaan aplikasi on line di semua peringkat pengurusan pelajar mahupun pengurusan guru perlu juga saya terokai.
Nak jadi cerita disebabkan sekolah penempatan baru agak jauh dari rumah maka tepat pada masanya surat  permohonan pertukaran bulan jun kebetulan telah diedarkan.Apalagi inilah peluang untuk memohon sekolah yang berhampiran tanpa mengenai proses2 yang perlu dilalui ku cuba memohon tapi sayangnya maklumat diri semua belum lagi di updatedkan.Masih lagi data sekolah lama rupanya sebelum itu proses e operasi perlu diisi sebelum mengisi e pertukaran.dengan bantuan pegawai di Jabatan akhirnya dapat juga mengisi e pertukaran.Ya Allah hanya kau Maha mengetahui dan ku berdoa agar usaha ku dimakbulkan.Sekolah yang sekarang memang menyeronokkan hanya jauh untuk ku harungi trafik pagi disebabkan pembinaan jambatan yang mungkin makan 3 atau 4 tahun lagi baru siap dan dengan usia ku yang lewat ni kerap mengantuk mungkin mendatangkan risiko yang tidak diingini.

iii)Perubahan dalam silibus matapelajaran tertentu seperti Sejarah SPM mulai tahun 2012 pelajar tingkatan 4 2012 perlu lulus sejarah untuk mendapatkan sijil SPM.Sejarah SPM kertas 3 diperkenalkan.Kebetulan di sekolah ni terlibat dalam pengajaran subjek tersebut.Kertas 3 ini dijalankan secara open book test.

iv)Pentaksiran berasaskan sekolah dilaksanakan kini untuk penambahbaikan UPSR dan PMR mulai Tahun 1 pada 2011 dan Tingkatan 1 2012

v)1 Sukan 1 Murid

Banyak lagi dasar terkini yang akan terus digali...........pasti ku teruskan lagi usaha....