Monday, May 14, 2012

Perubahan dalam penambahbaikan

Penambahbaikan dilakukan dalam UPSR dan PMR mulai Tahun 1 pada 2011 dan Tingkatan 1 2012 di mana penekanan dalam perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.


Perubahan ini dilakukan adalah kerana
1)Penekanan kepada JERI yang menjadi aspirasi Falsafah Pendidikan Negara tidak tercapai.
2)Pendidikan berorientasikan peperiksaan menyebabkan penglibatan pelajar dalam ko kurikulum sangat kurang
3)Pengiktirafan keterlaluan kepada pencapaian akademik semata-mata memberi tekanan kepada guru,murid dan ibubapa
4)Menilai produk akhir berbanding proses pembelajaran mengakibatkan pengabaian pembentukan modal insan yang seimbang
5)Tekanan ke atas guru-guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan Assesment for learning diabaikan
6)Meningkatkan martabat profesional keguruan di mana guru akan lebih dihormati,peningkatan integriti dan keberkesanan guru.


Terdapat 4 komponen PBS
1)Pentaksiran Pusat
2)Pentaksiran Sekolah
3)Pentaksiran Psikometrik
4)Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kurikulum


Pentaksiran ini dapat dibahagi kepada dua iaitu
1) Akademik 
merangkumi pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah
2)Bukan Akademik 
merangkumi Pentaksiran Psikometrik  yang mengukur kebolehan semulajadi dan kebolehan yang diperolehi.Ini tidak berasaskan kurikulum dan P&P.Sementara Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum(PAJSK)yang mana pentaksiran dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang kapasiti dan potensi jasmani,sukan dan kokurikulum yang dikawal secara harmoni oleh kapasiti dan proses mental seseorang individu murid supaya pertumbuhannya dapat dipantau dan diperbaiki




Peranan Guru dalam Pentaksiran Sekolah
1.memperbaiki pembelajaran murid yang berdasarkan maklumat yang diperolehi
2.memberi maklumbalas
3.mendapatkan maklumat
4.membuat pemerhatian
5.menjadi pemudahcara.


Rujukan dari laman web KPM.Kredit diberikan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia







1 comment:

  1. yg paling penting guru dapat memberikan pelaporan pencapaian murid yg lebih bermakna. sebelum ini 5A (UPSR), 8A (PMR) tidak melaporkan murid tahu, faham, boleh buat apa. tapi keberkesanan pelaksanaan pbs memerlukan guru yg sgt komited spt puan cikgu. selamat hari guru.

    ReplyDelete