Saturday, September 10, 2011

NOSTALGIA SMK SI II

Berkesempatan balik Malaysia baru2 ni sempat mengemas2 barang-barang lama yang nak dimuziumkan atau untuk dibuang.Semakin kepenghujung cuti rehatku akan berakhir terpaksalah kemas-kemas mencari bahan-bahan lalu yang boleh digunakan untuk menyambung semula  tugas.Terjumpalah majalah sekolah lama yang menjadi hasil buahkerjaku semasa memegang jawatan lalu. Tak pasti bila melaporkan semula bertugas akan dapat sekolah yang sama  atau  mungkin ke sekolah lain maka diabadikan kenangan bersama sekolah SMK Sultan Ismail II.
Sepanjang tempoh berada di Smk Sultan Ismail II dapat merasai 5 orang pengetua yang berbeza iaitu Tuan Haji Mokhtar,Tuan Haji Mohammad.Pn Arija,En Ishak Jaafar dan Tuan Haji Mustapha.
Tak sia-sia usaha perintis ku meminjam baju graduasi sekolah sebelah akhirnya sekolahku berusaha untuk membuat baju graduasinya sendiri dan meneruskan usahaku untuk menjadikan Majlis Graduasi Tingkatan 5 sebagai satu Majlis tradisi setiap tahun.
Semoga SMK SI 2 terus mencipta kecemerlangannya di peringkat negara,negeri,jabatan dan daerah.

Tuesday, August 23, 2011

LIST AKTIVITI HARIAN DI BULAN RAMADHAN KAREEM

Sedang membelek buku-buku untuk pembacaan Ain yang sememangnya kekurangan bahan agama almaklumlah nama aje sekolah kat arab tapi Sekolah Aramco ialah American International School so pengetahuan agama kenalah cari sendiri untuk anak-anak.Terjumpa dengan satu bahan bacaan yang cukup menarik perhatian saya iaitu check list amalan di bulan Ramadhan:

  1. Bangun awal pagi
  2. Solat Sunat Tahajjud
  3. Solat Sunat Taubat
  4. Solat Sunat Witir
  5. Bersahur
  6. Bersugi
  7. Solat Sunat Rawatib Sebelum Subuh
  8. Solat Subuh
  9. Membaca Quran
  10. Berselawat untuk Nabi Muhammad s.a,w
  11. Berwirid sehingga matahari terbit
  12. Niat yang baik sebelum bekerja/belajar
  13. Solat sunat dhuha
  14. Membaca AlQuran
  15. Solat Sunat Rawatib sebelum zhohor
  16. Solat Zhohor
  17. Solat Sunat Rawatib Selepas Zhohor
  18. Solat Asar
  19. Menyediakan juadah berbuka
  20. Berbuka Puasa
  21. Solat Maghrib
  22. Solat Sunat Rawatib Selepas maghrib
  23. Solat Isyak
  24. Solat Sunat Rawatib selepas Isyak
  25. Solat Tarawih
  26. Tadarus Quran
  27. Niat puasa sebelum tidur
  28. Tidur awal supaya dapat bangun sahur
  29. Berdoa sebelum tidur
  30. Banyak berdoa supaya diketemukan dengan lailatur qadar
  31. Menghadiri Majlis ilmu/baca buku ilmiah
  32. bersedekah
  33. Beristifar
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Haiyum Ya Khaiyum Ya Allah Jadikanlahku insan yang soleh yang sentiasa dapat menyempurnakan ibadat kepadamu,sentiasa mengingatimu,sentiasa menjalani perintahmu dan terimalah ibadatku ini Ya Allah.Ameen ya rabbil alamin

Monday, August 22, 2011

ALFATIHAH BUAT BONDA

Setiap kali selepas sembahyang ku titipkan doa buatmu ibu.Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh yang dijanjikan syurga tertinggi. 
Hari ini genap 6 tahun bonda meninggalkan kami.
AL FATIHAH........
Pusaramu pasti kami kunjungi setiap kali lebaran menjelma agar kami yang hidup juga sentiasa ingat  bahawa setiap makhluk di mukabumi ini juga sautu hari nanti akan jua kembali kepada maha penciptaNya

Anak-anakku dan anak-anak buahku isikanlah dadamu dengan bekalan ilmu akhirat disamping ilmu dunia agar kita mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.Ameen
Itulah juga pesanan yang sering diucapkan oleh nenek sewaktu hayat beliau.

Monday, August 8, 2011

BONSAI KESAYANGANKU

Entah macamana tiba-tiba hati terpaut kepada Bonsai sewaktu melalui kawasan Sungai Buluh yang memang terkenal dengan kawasan penjualan bunga.Mula-mula just nak tenguk perabot murah kat sana untuk hias rumah mak di hari raya tapi bila tenguk Bonsai besar tersergam di tepi jalan ......apa lagi tertawanku untuk membuat koleksi Bonsai pulak.



















Bonsai ni sebenarnya pokok bunga jasmin berbau harum khasnya waktu malam ala-ala pokok bunga sundal malam ehehehe......Sepeninggalanku ke Arab Saudi adikku yang dipertanggungjawabkan untuk menengukkan serta mentrimkan bonsai2ku ini.....Terima kasih ya.....



Thursday, June 23, 2011

TAPESTRY

Kali ini berkunjung ke kedai yang menjadi kegemaran ku mencuci mata tapi kali ini pergi dengan big boss cuci sekali poket big boss....he..he...maka sempurnalah hajat dihati
Selama ni barangan tapestry jumpa kat Mekah tak sangka pulak kat tempat selalu ulang alik ada kedai tapestry made in Syria lagi...Itu pun kawan dari Indonesia yang tunjukkan kedai ni kalau tidak tak tahu pun kewujudan kedai ni coz ianya terletak pada Mall yang tak popular dan banyak kedai2 berhampirannya pun dah nak tutup
Senyum melebarlah ada orang nak bayarkan ni....
hah ambik tu,,,dah alang2 ada orang nak bayar.......
Masuk je ke kedai ni terpikat daku pada sejambak rose ini tapi berkenan pada yang lain pulak...rambang mata you
Rose juga pilihan hati......

Monday, May 2, 2011

DESERT DESIGN AL KHOBAR

"Pappu,Can you send us to desert design,Please"Ok Madam...Apa lagi kita orang dah lama nak pergi tempat ni selalunya asyik tengok Minah-minah mat Salleh je yang gi sana dan bawa balik  macam-macam soveniur dari dunia arab .......
kali ni hasrat di hati tercapai juga walaupun dah lebih dua tahun duduk sini tak pernah jejak lagi kat sini...

Tenguk dari luar saja dah kelihatan keseniannya apalagi di dalamnya.


Setelah puas bergambar kat luar nak jugak ambil gambar kat dalam...punyalah excited tengok barang-barang tak perasan sign board "no photograf" tapi sempatlah jugak ambik beberapa shot

Desert Design?Ahah!
If you want to find beautiful and artful for collectables of gifts here is a place will bring you rare carpets and other weavings, silver jewelry, daggers, maps, frames, Saudi doors, furniture, and other handicrafts; collected from different parts of the Islamic world, from the deserts of Arabia, Iran, Oman to Morocco.

Macam-macam ada dari size yang kecil hingga ke yang besar,berat dan antik.....

rangka pintu ni pun untuk dijual tau

Tak nampak pulak air terjun kat atriumnya hanya curtain pulak oklah tu...
Disebabkan dah berada di negara Arab ni adalah koleksi sikit barang2 dari sekitar negara berhampiran untuk menjadi bahan koleksi dan soveniur dati negara sini
 Miniture Tanjin
 Ni teko kebangsaan negara di sebelah sini dan matawang siling  negara UAE ianya dijadikan gambar utama dan mercu tanda beberapa tempat di sini.
 Bahan bakar haruman yang dibeli dari Mesir
Ini diperbuat dari kulit binatang dan kalau tak silap kulit kambing dari Mekah

 Ini sebenarnya tempat gelas kecil untuk minuman teh (Chai)atau kopi arab(gahwa)dan boleh diubahsuai untuk letak cupcake boleh jugak....

Pendek kata kalau nak kan sevinior timur tengah dan idea deko di sinilah tempat yang sesuai untuk dirujuk dan patutlah minah-minah mat salleh suka datang sini untuk membeli barang2 antik timur tengah terutama perabut kayu yang harganya tidaklah mahal sangat.