Tuesday, August 23, 2011

LIST AKTIVITI HARIAN DI BULAN RAMADHAN KAREEM

Sedang membelek buku-buku untuk pembacaan Ain yang sememangnya kekurangan bahan agama almaklumlah nama aje sekolah kat arab tapi Sekolah Aramco ialah American International School so pengetahuan agama kenalah cari sendiri untuk anak-anak.Terjumpa dengan satu bahan bacaan yang cukup menarik perhatian saya iaitu check list amalan di bulan Ramadhan:

  1. Bangun awal pagi
  2. Solat Sunat Tahajjud
  3. Solat Sunat Taubat
  4. Solat Sunat Witir
  5. Bersahur
  6. Bersugi
  7. Solat Sunat Rawatib Sebelum Subuh
  8. Solat Subuh
  9. Membaca Quran
  10. Berselawat untuk Nabi Muhammad s.a,w
  11. Berwirid sehingga matahari terbit
  12. Niat yang baik sebelum bekerja/belajar
  13. Solat sunat dhuha
  14. Membaca AlQuran
  15. Solat Sunat Rawatib sebelum zhohor
  16. Solat Zhohor
  17. Solat Sunat Rawatib Selepas Zhohor
  18. Solat Asar
  19. Menyediakan juadah berbuka
  20. Berbuka Puasa
  21. Solat Maghrib
  22. Solat Sunat Rawatib Selepas maghrib
  23. Solat Isyak
  24. Solat Sunat Rawatib selepas Isyak
  25. Solat Tarawih
  26. Tadarus Quran
  27. Niat puasa sebelum tidur
  28. Tidur awal supaya dapat bangun sahur
  29. Berdoa sebelum tidur
  30. Banyak berdoa supaya diketemukan dengan lailatur qadar
  31. Menghadiri Majlis ilmu/baca buku ilmiah
  32. bersedekah
  33. Beristifar
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Haiyum Ya Khaiyum Ya Allah Jadikanlahku insan yang soleh yang sentiasa dapat menyempurnakan ibadat kepadamu,sentiasa mengingatimu,sentiasa menjalani perintahmu dan terimalah ibadatku ini Ya Allah.Ameen ya rabbil alamin

Monday, August 22, 2011

ALFATIHAH BUAT BONDA

Setiap kali selepas sembahyang ku titipkan doa buatmu ibu.Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh yang dijanjikan syurga tertinggi. 
Hari ini genap 6 tahun bonda meninggalkan kami.
AL FATIHAH........
Pusaramu pasti kami kunjungi setiap kali lebaran menjelma agar kami yang hidup juga sentiasa ingat  bahawa setiap makhluk di mukabumi ini juga sautu hari nanti akan jua kembali kepada maha penciptaNya

Anak-anakku dan anak-anak buahku isikanlah dadamu dengan bekalan ilmu akhirat disamping ilmu dunia agar kita mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.Ameen
Itulah juga pesanan yang sering diucapkan oleh nenek sewaktu hayat beliau.

Monday, August 8, 2011

BONSAI KESAYANGANKU

Entah macamana tiba-tiba hati terpaut kepada Bonsai sewaktu melalui kawasan Sungai Buluh yang memang terkenal dengan kawasan penjualan bunga.Mula-mula just nak tenguk perabot murah kat sana untuk hias rumah mak di hari raya tapi bila tenguk Bonsai besar tersergam di tepi jalan ......apa lagi tertawanku untuk membuat koleksi Bonsai pulak.



















Bonsai ni sebenarnya pokok bunga jasmin berbau harum khasnya waktu malam ala-ala pokok bunga sundal malam ehehehe......Sepeninggalanku ke Arab Saudi adikku yang dipertanggungjawabkan untuk menengukkan serta mentrimkan bonsai2ku ini.....Terima kasih ya.....