Friday, September 30, 2011

Eid Mubarak d Saudi

Walaupun syawal dah dipenghujungnya namun kehangatan sambutan masih dirasai oleh kami.Tahun ini sambutan berlainan sedikit dari tahun lepas kerana kali ini hanya dibuat dikalangan ladies sahaja.....Rombongan Cik Kiah Ras Tanura berkunjung ke Dhahran.Apa lagi kalau dah jumpa sesama sendiri......
Masuk je rumah cik farid terus di paparazi
Walaupun asalnya setakat jamuan potluck kecil2an tapi bila dihidangkan kalahkan restoran 5 bintang.....
Sambil makan sambil posing.....
Jangan tak tahu kek tu buatan sendiri oleh salah seorang teman.....yummy...kalah  carrot cake secret recipe...

Seronok sesekali dapat berkumpul dan jumpa lagi.....
SELAMAT HARIRAYA AIDIL FITRI 2011 ....

Wednesday, September 21, 2011

BACK TO SCHOOL NIGHT (RAS TANURA ELEMENTARY SCHOOL)

Sudah menjadi tradisi sekolah di sini setelah dua minggu  sekolah dibuka akan diadakan Majlis seumpama ini untuk memperkenalkan barisan tenaga pengajarnya dan usaha untuk merapatkan hubungan antara guru kelas anak dengan ibubapa.Majlis bermula 5.30 petang dan bermula dengan ucapan principlenya di dewan selama setengan jam memperkenalkan semua tenaga pengajar dan kemudian ibubapa akan bergerak ke kelas anak masing2 untuk bertemu dengan guru kelas anak mendengar silibus yang akan diajar selama satu tahun ini.
Principle Dave Weston gave a brief and welcome....
Barisan tenaga pengajar 
Menuju ke Kelas Ain
                                                    Mrs Maria Gomez
suasana dalam kelas
tu dia gambar Ain tergantung ditengah2....

Friday, September 16, 2011

BEKAM d KOLAM AIR PANAS SELAYANG

Sedang dalam perjalanan ke Rawang kami singgah sekejap di Kolam Air Panas Selayang.Pertama kali kami menjejaki di sini walaupun kami membesar di sini.
 Air Panas elok juga untuk rawatan kulit kebetulan anak sulung Adhim kena allergic banyak makan ayam dan ketam.

Ada tiga kolam air panas di sini.Kebetulan waktu kami datang tak ramai orang tetapi kalau hujung minggu ramai penghuni KL berkunjung ke sini.
Ada sederet kedai makan disediakan dan kami tertarik dengan satu kedai yang mengadakan rawatan tradisional bekam dan resdung.Apalagi kebetulan Afik ada masalah resdung so kami pun nak mencubanya juga.
Macam cerita hantu ya....kami semua gelakkan dia
So sesiapa yang ada masalah resdung bolehlah berkunjung ke kedai ni...Pengunjungnya pelbagai kaum dan nasib tak baik kena ambik nombor menunggu..

Saturday, September 10, 2011

NOSTALGIA SMK SI II

Berkesempatan balik Malaysia baru2 ni sempat mengemas2 barang-barang lama yang nak dimuziumkan atau untuk dibuang.Semakin kepenghujung cuti rehatku akan berakhir terpaksalah kemas-kemas mencari bahan-bahan lalu yang boleh digunakan untuk menyambung semula  tugas.Terjumpalah majalah sekolah lama yang menjadi hasil buahkerjaku semasa memegang jawatan lalu. Tak pasti bila melaporkan semula bertugas akan dapat sekolah yang sama  atau  mungkin ke sekolah lain maka diabadikan kenangan bersama sekolah SMK Sultan Ismail II.
Sepanjang tempoh berada di Smk Sultan Ismail II dapat merasai 5 orang pengetua yang berbeza iaitu Tuan Haji Mokhtar,Tuan Haji Mohammad.Pn Arija,En Ishak Jaafar dan Tuan Haji Mustapha.
Tak sia-sia usaha perintis ku meminjam baju graduasi sekolah sebelah akhirnya sekolahku berusaha untuk membuat baju graduasinya sendiri dan meneruskan usahaku untuk menjadikan Majlis Graduasi Tingkatan 5 sebagai satu Majlis tradisi setiap tahun.
Semoga SMK SI 2 terus mencipta kecemerlangannya di peringkat negara,negeri,jabatan dan daerah.