Monday, February 21, 2011

RAS TANURA ELEMENTARY SCHOOL (SAUDI ARABIA DAY)

Kebetulan sewaktu ayahanda berkunjung ke sini,sekolah anak telah mengadakan satu parade untuk memperkenalkan budaya Arab Saudi kepada pelajar-pelajar gred 3.Seminggu anak saya berlatih tarian gelek arab untuk menjayakan acara tersebut.
Ibubapa mengambil tempat masing-masing sebelum acara dimulakan.


Ada sama tak dengan mak-mak arab yang kat sebelah tu

Tu dia dah keluar barisan pelajar gred 3 untuk membuat persembahan.

Comel-comel pulak budak-budak ni terutama anak mat salleh pakai abaya.......
gelek-gelek ain kalahkan anak arab



Setelah menari-nari di luar tiba masanya untuk melihat pameran dan menjamu selera makanan arab.

Arca masjid tu dari hasil kerja pelajar dalam kelas art mereka yang diperbuat dari clay.


bergambar dengan anak orang filipina yang berlatarbelakang pakaian rasmi Arab Saudi
partner anak dalam projek game boardnya(asal dari Palestin,hansome kan)

pandai betul mereka menerangkan projek  mereka
Bersama Mrs Melinda Rockwood dari USA(guru kelas Ain Gred 3)
Bersama Mrs Diana Weston juga dari USA juga cikgu Ain Gred 2

Sesungguhnya dengan adanya majlis tersebut dapat menambahkan pengetahuan mengenai budaya Arab Saudi dengan lebih dekat lagi serta merapatkan hubungan antara semua kumoniti yang berbilang bangsa di Ras Tanura

Wednesday, January 26, 2011

BAHRAIN

Dengan suhu yang nyaman kira-kira 15 C, kami sekeluarga berhujung minggu di Bahrain.Untuk tidak memberi input yang salah saya akan mengambil info mengenai tempat tersebut dari internet.

Kingdom of Bahrain (Arabic: مملكة البحرين‎, Mamlakat al-Baḥrayn, literally: "Kingdom of the Two Seas"), is a small island country with approximately 800,000 inhabitants (2009), located near the western shores of the Persian Gulf and ruled by the Al Khalifa royal family. While Bahrain is an archipelago of thirty-three islands, the largest (Bahrain Island) is 55 km (34 mi) long by 18 km (11 mi) wide.Saudi Arabia lies to the west and is connected to Bahrain via the King Fahd Causeway, which was officially opened on 25 November 1986. Qatar is to the southeast across the Gulf of Bahrain. The planned Qatar Bahrain Causeway will link Bahrain and Qatar as the longest fixed link in the world.
Bahrain is known for its oil and pearls. The country is the home of many popular structures such as the Bahrain World Trade Center and the Bahrain Financial Harbour, and also the home of many skyscrapers, including the proposed 1,022 m (3,353 ft) high supertall Murjan Tower. The Qal’at al-Bahrain (The Ancient Harbour and Capital of Dilmun) has been declared a UNESCO World Heritage Site.[8] The Bahrain International Circuit is the race course where the popular Bahrain Formula One Grand Prix takes place.
Dengan kata lainnya Bahrain sebuah pulau yang dihubungkan dengan Saudi melalui sebuah rangkaian jambatan yang dikenali sebagai King Fahad Causeway.Imigresen kedua negara berada di bahagian tambak atas laut yang beberapa kilometer dari tanah besar kedua-dua negara.

Mula-mula dikenakan bayaran seperti tol kerana penggunaan causeway tersebut kemudian melalui imigresen Saudi,Kastam Saudi seterusnya ke Imigresen Bahrain dan Kastamnya.Kalau nasib tak baik trafic jam berjam-jam.



Ibunegara bahrain ialah Manama.Seperti negara-negara Arab yang lain yang menjadi kebanggaan mereka ialah senibina.Kebanyakan senibina bangunan di bandarnya adalah senibina Moden .
Manama has emerged as the capital of independent Bahrain after periods of domination by Portugal and Persians earlier in its history. Today, it is a modern capital with an economy based around the sales promotion industry as crude oil takes a less pronounced role in the economy.
Manama (Arabic: المنامة , transliteration: al-Manāma) is the capital and largest city of Bahrain with an approximate population of 155,000 people, roughly a quarter of the country's population.


Bangunan persis sebuah kotak.

 Setelah menikmati rekabentuk bangunan di manama kami pun singgah ke sekolah anak iaitu Bahrain International School yang tidak berapa jauh dari pusat bandarnya.


Tempat penginapan kami pun berada di tengah2 City Center iaitu Tariq Al Moayed Tower berharga BHD45 lebih kurang SR 450 semalam.

Sebelum pulang ke Saudi Arabia tak lupa berkunjung ke City Centre Mall nya yang luas dan cantik.

Thursday, December 16, 2010

MADINAH AL MUNAWARRAH

Seminggu selepas selamat mengerjakan haji ,tiba pula giliran ku untuk menemani anak dan ayahku untuk ziarah  Madinah dan seterusnya mengerjakan Umrah di Mekah Al Mukaramah.Semalam di Madinah dan 3 hari di Mekah.
Buat anakku ini pertama kali dia memijak tanak suci Madinah sedang ayahku setelah lebih 20 tahun tidak memijakkan kakinya di sini.
Dengan penerbangan selama 1 jam 45 minit dari Damman Airport akhirnya kami sampai di madinah Airport yang kemudiannya dijemput oleh wakil Madinah Hotel.
Sejak dari awal lagi dah nekad di hati kali ini akan ku cuba masuk ke Raudah setelah tahun lalu aku hadir di Madinah bersama suami dan anak yang lain tidak dapat masuk ke Raudah kerana masa yang lama menunggu untuk masuk ke situ.Apa jua pun halangan kali ini aku mesti masuk ke Raudah.

Seperti biasa setiap kali masuk ke Masjid Nabawi pasti pemeriksaan akan dilakukan agar kamera tidak dibawa masuk ke masjid..Kali ni dapat juga aku merakamkan satu gambar dalam masjid secara sembunyi.Disebabkan kehadiran kami seminggu selepas musim haji maka masih ramai jemaah haji masih berada di madinah.
 Bila masuk waktu sembahyang saf penuh sehingga luar masjid. Seperti biasa selepas waktu isyak diberi peluang kepada perempuan untuk masuk ke Raudah.Untuk masuk Raudah,pembahagian mengikut negara dan diutamakan dulu orang dari Arab.3 negara digabungkan iaitu Malaysia.Indonesia dan Singapura dan setelah kami menunggu selama 2 jam setengah barulah dapat hadir di depan Raudah.Sayu dan sahydu bila melihat pusara Rasululah swa (Al fatihah) dan kemudian kawasan Raudah.Aku bersyukur dapat diberi  kesempatan untuk membuat sujud syukur dalam kepadatan orang ramai.Semoga doa2 ku termakbul hendaknya.
Kawasan Raudah tidaklah besar dan yang menunjukkan kawasannya ialah kapet hijau dibanding karpet kelilingnya merah.


Semoga masa akan datang aku dipanggil lagi ke sini .

Hari kedua sampai masanya kami bergerak ke Mekah untuk menunaikan umrah.Dengan keadaan berihram setelah niat di Miqat Bir Ali kami bergerak ke Mekah.Perjalanan memakan masa 3 setengah jam dan pada waktu maghrib akhirnya kami sampai ke Mekah dan seterusnya menyempurnakan Umrah kami.

Di Mekah juga masih ramai jemaah haji yang belum pulang ke negara asal.Sewaktu membuat tawaf umrah sama keadaannya seperti mambuat tawaf haji kerana ramai orang. 
Sesungguhnya Kaabah adalah tempat yang paling tenang sekali.Semoga aku akan terus dipanggil untuk sentiasa dapat hadir di sini.Insyaalah