Walaupun syawal dah dipenghujungnya namun kehangatan sambutan masih dirasai oleh kami.Tahun ini sambutan berlainan sedikit dari tahun lepas kerana kali ini hanya dibuat dikalangan ladies sahaja.....Rombongan Cik Kiah Ras Tanura berkunjung ke Dhahran.Apa lagi kalau dah jumpa sesama sendiri......
Masuk je rumah cik farid terus di paparazi
Walaupun asalnya setakat jamuan potluck kecil2an tapi bila dihidangkan kalahkan restoran 5 bintang.....
Sambil makan sambil posing.....
Jangan tak tahu kek tu buatan sendiri oleh salah seorang teman.....yummy...kalah carrot cake secret recipe...
Seronok sesekali dapat berkumpul dan jumpa lagi.....
SELAMAT HARIRAYA AIDIL FITRI 2011 ....
Friday, September 30, 2011
Wednesday, September 21, 2011
BACK TO SCHOOL NIGHT (RAS TANURA ELEMENTARY SCHOOL)
Sudah menjadi tradisi sekolah di sini setelah dua minggu sekolah dibuka akan diadakan Majlis seumpama ini untuk memperkenalkan barisan tenaga pengajarnya dan usaha untuk merapatkan hubungan antara guru kelas anak dengan ibubapa.Majlis bermula 5.30 petang dan bermula dengan ucapan principlenya di dewan selama setengan jam memperkenalkan semua tenaga pengajar dan kemudian ibubapa akan bergerak ke kelas anak masing2 untuk bertemu dengan guru kelas anak mendengar silibus yang akan diajar selama satu tahun ini.
Principle Dave Weston gave a brief and welcome....
Barisan tenaga pengajar
Menuju ke Kelas Ain
Mrs Maria Gomez
suasana dalam kelas
tu dia gambar Ain tergantung ditengah2....
Principle Dave Weston gave a brief and welcome....
Barisan tenaga pengajar
Menuju ke Kelas Ain
Mrs Maria Gomez
suasana dalam kelas
tu dia gambar Ain tergantung ditengah2....
Friday, September 16, 2011
BEKAM d KOLAM AIR PANAS SELAYANG
Sedang dalam perjalanan ke Rawang kami singgah sekejap di Kolam Air Panas Selayang.Pertama kali kami menjejaki di sini walaupun kami membesar di sini.
Air Panas elok juga untuk rawatan kulit kebetulan anak sulung Adhim kena allergic banyak makan ayam dan ketam.
Ada tiga kolam air panas di sini.Kebetulan waktu kami datang tak ramai orang tetapi kalau hujung minggu ramai penghuni KL berkunjung ke sini.
Ada sederet kedai makan disediakan dan kami tertarik dengan satu kedai yang mengadakan rawatan tradisional bekam dan resdung.Apalagi kebetulan Afik ada masalah resdung so kami pun nak mencubanya juga.
Macam cerita hantu ya....kami semua gelakkan dia
So sesiapa yang ada masalah resdung bolehlah berkunjung ke kedai ni...Pengunjungnya pelbagai kaum dan nasib tak baik kena ambik nombor menunggu..

Saturday, September 10, 2011
NOSTALGIA SMK SI II
Berkesempatan balik Malaysia baru2 ni sempat mengemas2 barang-barang lama yang nak dimuziumkan atau untuk dibuang.Semakin kepenghujung cuti rehatku akan berakhir terpaksalah kemas-kemas mencari bahan-bahan lalu yang boleh digunakan untuk menyambung semula tugas.Terjumpalah majalah sekolah lama yang menjadi hasil buahkerjaku semasa memegang jawatan lalu. Tak pasti bila melaporkan semula bertugas akan dapat sekolah yang sama atau mungkin ke sekolah lain maka diabadikan kenangan bersama sekolah SMK Sultan Ismail II.
Sepanjang tempoh berada di Smk Sultan Ismail II dapat merasai 5 orang pengetua yang berbeza iaitu Tuan Haji Mokhtar,Tuan Haji Mohammad.Pn Arija,En Ishak Jaafar dan Tuan Haji Mustapha.
Tak sia-sia usaha perintis ku meminjam baju graduasi sekolah sebelah akhirnya sekolahku berusaha untuk membuat baju graduasinya sendiri dan meneruskan usahaku untuk menjadikan Majlis Graduasi Tingkatan 5 sebagai satu Majlis tradisi setiap tahun.
Semoga SMK SI 2 terus mencipta kecemerlangannya di peringkat negara,negeri,jabatan dan daerah.

Tuesday, August 23, 2011
LIST AKTIVITI HARIAN DI BULAN RAMADHAN KAREEM
Sedang membelek buku-buku untuk pembacaan Ain yang sememangnya kekurangan bahan agama almaklumlah nama aje sekolah kat arab tapi Sekolah Aramco ialah American International School so pengetahuan agama kenalah cari sendiri untuk anak-anak.Terjumpa dengan satu bahan bacaan yang cukup menarik perhatian saya iaitu check list amalan di bulan Ramadhan:
- Bangun awal pagi
- Solat Sunat Tahajjud
- Solat Sunat Taubat
- Solat Sunat Witir
- Bersahur
- Bersugi
- Solat Sunat Rawatib Sebelum Subuh
- Solat Subuh
- Membaca Quran
- Berselawat untuk Nabi Muhammad s.a,w
- Berwirid sehingga matahari terbit
- Niat yang baik sebelum bekerja/belajar
- Solat sunat dhuha
- Membaca AlQuran
- Solat Sunat Rawatib sebelum zhohor
- Solat Zhohor
- Solat Sunat Rawatib Selepas Zhohor
- Solat Asar
- Menyediakan juadah berbuka
- Berbuka Puasa
- Solat Maghrib
- Solat Sunat Rawatib Selepas maghrib
- Solat Isyak
- Solat Sunat Rawatib selepas Isyak
- Solat Tarawih
- Tadarus Quran
- Niat puasa sebelum tidur
- Tidur awal supaya dapat bangun sahur
- Berdoa sebelum tidur
- Banyak berdoa supaya diketemukan dengan lailatur qadar
- Menghadiri Majlis ilmu/baca buku ilmiah
- bersedekah
- Beristifar
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Haiyum Ya Khaiyum Ya Allah Jadikanlahku insan yang soleh yang sentiasa dapat menyempurnakan ibadat kepadamu,sentiasa mengingatimu,sentiasa menjalani perintahmu dan terimalah ibadatku ini Ya Allah.Ameen ya rabbil alamin
Monday, August 22, 2011
ALFATIHAH BUAT BONDA
Setiap kali selepas sembahyang ku titipkan doa buatmu ibu.Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh yang dijanjikan syurga tertinggi.
Hari ini genap 6 tahun bonda meninggalkan kami.
AL FATIHAH........
Pusaramu pasti kami kunjungi setiap kali lebaran menjelma agar kami yang hidup juga sentiasa ingat bahawa setiap makhluk di mukabumi ini juga sautu hari nanti akan jua kembali kepada maha penciptaNya
Anak-anakku dan anak-anak buahku isikanlah dadamu dengan bekalan ilmu akhirat disamping ilmu dunia agar kita mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.Ameen
Itulah juga pesanan yang sering diucapkan oleh nenek sewaktu hayat beliau.
Monday, August 8, 2011
BONSAI KESAYANGANKU
Entah macamana tiba-tiba hati terpaut kepada Bonsai sewaktu melalui kawasan Sungai Buluh yang memang terkenal dengan kawasan penjualan bunga.Mula-mula just nak tenguk perabot murah kat sana untuk hias rumah mak di hari raya tapi bila tenguk Bonsai besar tersergam di tepi jalan ......apa lagi tertawanku untuk membuat koleksi Bonsai pulak.
Bonsai ni sebenarnya pokok bunga jasmin berbau harum khasnya waktu malam ala-ala pokok bunga sundal malam ehehehe......Sepeninggalanku ke Arab Saudi adikku yang dipertanggungjawabkan untuk menengukkan serta mentrimkan bonsai2ku ini.....Terima kasih ya.....

Subscribe to:
Posts (Atom)