Sunday, November 13, 2011

TRIP TO LOUGHBOROUGH,NORTH LONDON

Sementara masih di Saudi yang berada berhampiran dengan negara-negara Eropah yang lain dan di tengah negara timur dan barat kali ini mission ke London.Kalau dulu pada tahun 2000 semasa  kunjungan ke Belgium hajat nak singgah di London terbantut kerana terlalu lama di sana dan rindu kat anak yang masih kecil yang ditinggalkan hasrat untuk singgah ke London terpaksa dibatalkan tetapi kali ini dapat jua ke sini bersama-sama anak2 yang dah besar untuk melancong di bandaraya ini.
Dari Dammam International Airport kami berlepas jam 10.50 malam transit di Abu Dhabi selama 1 setengah jam dan akhirnya sampai di Heathrow jam lebin kurang 5 pagi dengan lebih kurang 7 jam perjalanan,
Cuaca sejuk sesuai untuk berjalan-jalan dan shopping.
Kami menyewa kereta dari syarikat Sixt dan sementara mendapatkan kereta kami menaiki shuttle  ke syarikat tersebut untuk memilih kenderaan yang dikehendaki.Kebetulan ada promosi bagus oleh syarikat tersebut so pilih kenderaan yang tak mampu nak beli kat negara sendiri tapi mampu digunakan di negara orang.....

Syarikat ni tak jauh dari Airport lebih kurang 10 minit perjalanan.
Tu dia.... yang mana satu idaman kalbu....
Dengan menyewa sekali GPS yang banyak membantu kami mencari tempat yang asing bagi kami menuju ke teMpat kenalan kami yang tinggal di kawasan luar dari kota London iaitu di Loughbrough,North London kira-kira 178 km dari Airport.Ini merupakan R&R pertama yang kami singgah dimana tempatnya bersih dan cantik menjadi tempat persinggahan dan rehat untuk orangramai.
Disamping kedai makan ada juga disediakan supermarket dan yang tak bestnya ada juga tempat jackpot
Setelah puas berposing depan rumah orang rupanya salah rumah....nasib baik tuan rumah tak ada....
Akhirnya call kenalan...... tu dia first time jumpa.....
Akhirnya jumpa dah rumah yang dituju rumah En Azrul dan Puan Rozi Shahirah ..Luv you all
 Terima Kasih Makcik(Bonda Rozi) yang masak sedap2 untuk kami
Inilah kereta yang disewa  selama 5 hari kami berada di sini yang terbukti mempunyai keistimewaannya tersendiri apabila menghadapi saat tertentu dengan cuaca yang tidak menentu.

No comments:

Post a Comment